NURUL NADHIRAH | Rangka manusia 
yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak 
Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul 
Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri 
Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.
Dalam
 kejadian tersebut, Nurul Nadirah keluar dari rumahnya di Flat Seri 
Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada sekitar jam 11 
pagi untuk membeli telur dan dua bungkus mi segera yang dipesan ibunya, 
Roselyn Alan, 25, dan tidak pulang-pulang ke rumah sejak itu.
Sebelum
 itu pihak berkuasa yang menyiasat kes berkenaan telah menahan dua 
lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi 
membantu siasatan.
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment