Show Mobile Navigation

Monday, 19 March 2012

1CARE FOR MALAYSIA - FAKTA

Unknown - 12:14

 

FAKTA UTAMA MENGENAI 1CARE

1- 1Care adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia

2- Cadangan 1Care masih lagi diperingkat konsep.

3- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memperincikan isu-isu teknikal mengenai cadangan ini bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

APA ITU 1CARE?


1 Care adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia

KENAPA 1CARE DICADANGKAN?


   1. Keluhan Rakyat mengenai;

          * Masa menunggu yang panjang.
          * Kesesakan.
          * Kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

   2. Kebimbangan Rakyat mengenai kos pembiayaan untuk rawatan penyakit yang serius.

   3. Kebimbangan Rakyat terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi di usia tua.



APAKAH HARAPAN YANG INGIN DICAPAI MELALUI 1CARE?


   1. Rakyat boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital awam atau swasta, tanpa mengira sama ada mereka kaya atau miskin.

   2. Tidak kira tahap usia dan tahap kesihatan, Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

   3. Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka.

   4. Rakyat akan ada doktor keluarga masing-masing. Mereka boleh memilih doktor keluarga masing-masing dan menukarnya sekiranya perlu.

   5. Doktor keluarga ini akan lebih mengenali dan memahami masalah kesihatan setiap individu dan keluarga mereka. Doktor keluarga ini akan membantu mereka untuk terus sihat sepanjang hayat.

   6. Rakyat tidak perlu bimbang mengenai bayaran semasa mereka mendapatkan rawatan yang mereka layak.

   7. Kerajaan akan terus membiayai penjagaan kesihatan untuk Rakyat miskin.

   8. Sumbangan untuk keperluan penjagaan kesihatan tidak akan membebankan Rakyat.

   9. Rakyat tidak akan mengalami masalah kewangan atau jatuh miskin kerana membiayai rawatan kesihatan.


-KKM mengalu-alukan sumbangan idea dan maklumbalas mengenai bagaimana sistem kesihatan negara boleh diperkukuhkan lagi.

-Sekiranya anda ada cadangan, maklumbalas atau pertanyaan, hantarkan kepada Forum1Care@moh.gov.my

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment