PASIR PUTEH - Seorang wanita berumur 52 tahun maut manakala 20 orang
lagi cedera akibat disengat lebah dalam satu kejadian di Kampung Kandis,
Gaal di sini,kelmarin.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu terjadi ketika Esah
Idris seorang penoreh dalam perjalanan ke kelas mengaji Al-Quran yang
terletak di hadapan rumahnya.
Suami mangsa, Saidina Ali Mat, 57, berkata, pada masa itu dia terdengar
jeritan isterinya meminta tolong dan dia yang berada di dalam rumah
keluar mendapatkan isterinya itu.
"Saya menjerit ke arah isteri agar patah balik ke arah rumah tetapi dia
terus berjalan ke hadapan,mungkin pada masa itu dia sudah tidak sedar
kerana ada banyak lebah mengerumuni mukanya," katanya kepada Sinar
Harian.
Esah meninggal dunia kira-kira jam 3.30petang semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) dipangkuan Saidina Ali.
0 comments:
Post a Comment