KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor 
ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang 
dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi 
tadi.
Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.
Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan 
bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz 
mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana 
masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment