Show Mobile Navigation

Monday, 23 January 2012

Pantai Sepat ragut Nyawa Lagi

Unknown - 23:34


KUANTAN 23 Jan. — Pantai Sepat di sini hari ini meragut satu lagi nyawa apabila seorang remaja lelaki mati lemas ketika mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain, petang ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusoff berkata, mangsa, R. Alvin, 16, dari Tanah Putih di sini meninggal dunia pada pukul 6 petang manakala saudara perempuannya R. Thanusa, 13, dari Batu Arang, Selangor berjaya diselamatkan daripada lemas.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat keluarga yang terdiri daripada keluarganya dan saudara maranya berkelah di pantai itu sempena cuti Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan Thanusa turut dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kejadian petang semalam, dua beradik mati lemas di pantai yang sama ketika berkelah bersama keluarganya. Kejadian pada pukul 5 petang itu meragut nyawa Mohd. Saiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd. Zaiful, 11. — BERNAMA
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment