Show Mobile Navigation

Friday 31 January 2014

Kronologi Lengkap Kes Kelar Dan Tetak Anak Sendiri Di Bandar Baru Bangi

nescafeais - 11:37


Agak menyedihkan apabila seorang anak mati di tangan bapa kandungnya sendiri. Kejadian menyedihkan berlaku apabila seorang bapa telah mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Kronologi Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi

  • Pukul 4:00 petang : Khadijah (15 tahun) bersama abang sulungnya (18 tahun) berada di tingkat atas rumah teres ( 2 tingkat) telah terdengar jeritan daripada tingkat bawah dan mendapati bapanya (suspek) sedang memegang sebilah parang dan beliau terus mendapatkan abangnya. Kedua-dua mereka turun bawah mendapati 2 adik perempuan mereka berusia (12 tahun) dan (10 tahun) dalam keadaan berlumuran darah di badan manakala adik perempuan bongsu 7 tahun (si mati) terbaring di atas katil bilik bawah. Suspek pada masa itu dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang. Seterusnya penama (khadijah) telah hubungi polis.
  • Pukul 4:15 petang :  Norazman Mohammad mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Anak perempuan Norazman Mohammad berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.
  • Pukul 4:19 petang : Semasa sedang bertugas, anggota Gerakan Kajang  telah terima panggilan MERS daripada seorang perempuan bernama Khatijah beritahu ada pergaduhan satu tempat kejadian dan telah bergegas ke tempat kejadian dengan kenderaan MPV 206 ke lokasi kejadian. Di lokasi kejadian, ada kesan darah di dalam rumah, dan mendapati ada 3 kanak kanak Melayu telah mengalami pendarahan di bahagian badan. Dimana salah seorang mangsa ini telah meninggal dunia. Ambulan hospital kajang telah di hubungi ke lokasi.

  • Soalsiasat secara lisan isteri suspek (42 tahun) kerja sebagai pegawai penyelidik di TM Cyberjaya memberitahu suspek tidak bekerja sejak 1 tahun lepas dan sejak kebelakangan ini seperti hadapi tekanan perasaan walaubagaimanapun isteri tidak pernah bertanya sebabnya.


  • Pasangan suami isteri telah berumahtangga sejak 19 tahun lalu mempunyai 6 org anak berusia antara 18 hingga 7 tahun. (Sulung (L – 18 tahun) , kedua ( L – 17 tahun), ketiga (P – 15 tahun), keempat (P – 12 tahun) , kelima (P- 10 tahun) dan Bongsu (P – 7 tahun). Telah tinggal di rumah sekarang sejak 11 tahun lepas.
  • Mangsa cedera adalah 2 anak perempuan umur 12 tahun & 10 tahun kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kajang. Manakala simati adalah anak bongsu pasangan ini. Kecederaan jelas pada bahag ian leher.
  • Sejurus kejadian dimaklumkan ops kesan telah dilakukan dan berjaya tangkap suspek di bahagian belakang rumah kawasan semak di mana suspek sedang bersembunyi dalam keadaan kepalanya cedera (berdarah) dan ada 1 ketul batu bata ada kesan darah 25 meter daripada lokasi saspek ditemui.
  • Suspek yang bersenjatakan sebilah parang mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek



P/S : Peringatan bersama untuk kita semua disebalik kejadian menyayat hati dan tragis seperti ini. Hakikatnya, tekanan memang boleh hilangkan tahap kewarasan seorang manusia yang diberikan akal secukupnya untuk membuat pertimbangan dan berfikir. 

Banyakkan berdoa agar Allah melindungi kita daripada kezaliman, kekufuran. Alfatihah untuk adik yang meninggal. Salam takziah kepada keluarga mangsa.- BERITA SEMASA


Khidmat Mesin ATM CIMB Dan Maybank Tergendala Hingga Pagi Isnin

nescafeais - 11:15


Kuala Lumpur: Perkhidmatan perbankan CIMB dan Maybank akan terganggu sementara dari jam 11.45 malam ini sehingga 6 pagi Isnin berikutan kerja naik taraf sistem.

CIMB berkata, gangguan itu membabitkan cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic, serta mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit cek dan mesin penggurup wang automatik.
 
Gangguan itu juga akan menjejaskan transaksi kad debit CIMB, perbankan dalam talian, perbankan mudah alih dan perbankan telefon layan diri.

Pelanggan CIMB dinasihatkan membuat perancangan awal jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan diproses lebih awal.

Sementara itu, kumpulan perbankan Maybank memaklumkan perkhidmatan Pindahan Segera Wang Antara Bank (IBFT) menerusi perkhidmatan perbankan secara dalam taliannya, Maybank2u dan ATM terganggu sementara bermula 12 tengah malam ini hingga 6 pagi Isnin susulan kerja naik taraf sistem perbankan asas CIMB itu.

Namun, katanya, pelanggan Maybank2u masih boleh melaksanakan transaksi Sistem GIRO Antara Bank (IBG) dengan memilih Pindahan Wang Antara Bank GIRO seperti biasa.

Bagaimanapun, pelanggan dinasihatkan melaksanakan urus niaga sebelum tengah malam ini. - Berita Harian

Thursday 30 January 2014

PANAS! Wanita Dakwa KakitanganTNB Seremban Amalkan Duit kopi?

nescafeais - 14:40


Seorang wanita mendakwa Staff TNB Seremban mengamalkan duit kopi @ rasuah. Pihak pengurusan TNB harus turun menyiasat kebenaran dakwaan ini dan jangan ambil sikap lepas tangan. 

Wanita tersebut menulis:- 

Penyewa rumah saya sudah lebih lapan (8) bulan tidak membayar bil elektrik. Bil tunggakan RM600+. Lokasi di Seremban Jaya, Senawang. Saya dimaklumkan oleh penduduk berdekatan yang kontraktor/ staf TNB di sana mengambil rasuah supaya tidak memotong elektrik walaupun bil tunggakan sudah tinggi. Sila buat siasatan dengan segera. TNB is a public listed company!!!


TNB dikritik hebat diatas kenaikan tarif elektrik baru-baru ini, jangan pula imej TNB dirosakkan dengan perilaku kakitangannya yang didakwa mengamalkan rasuah.
Ini satu perbuatan yang bukan sahaja mencemarkan nama TNB, bahkan kerajaan juga bakal menerima tempias sama secara tak langsung.

TNB sila siasat dan kumpulkan bukti, ambil tindakan yang sekeras-kerasnya staf yang terbabit jika cukup bukti dan didapati bersalah.






RUJUK SINI:- https://www.facebook.com/TNBCareline/posts/812636132083381

Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz Dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Qi Razali Tak Boleh Terima

nescafeais - 13:04


Sebagai seorang yang juga bekerja dalam bidang yang sama iaitu dunia lakonan, pelakon dan pengacara Qi Razali tahu sepatutnya tidak timbul soal cemburu di hatinya apabila kekasihnya Nelydia Senrose melakonkan beberapa aksi intim bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini sedang hangat ditayangkan di saluran Astro.

Namun akui pelakon Friday I'm in Love ini, dia sebenarnya masih cuba menerima situasi tersebut. Lebih-lebih apabila Sharnaaz kerap memuat naik foto babak-babak yang menunjukkan kemesraan dia bersama Nelydia di laman sosial Instagram. Kata Qi dia tidak ada masalah apabila melihat gambar-gambar tersebut cuma kapsyen-kapsen romantis yang disertakan Sharnaaz pada gambar-gambar berkenaan secara tidak langsung melahirkan rasa bengang di dalam hatinya.

"Saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka.

"Tapi kapsyen-kapsyen pada gambar tu yang saya rasa tak patut ditulis sampai begitu sekali. Apapun, sekarang ni saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu.

"Saya terkejut. Tambah-tambah bila ada kawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula saya sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya twit apa yang saya rasa pada ketika tu", kata Qi Razali kepada pihak media ketika ditemui pada sidang mediaSelebriti Materniti: Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.

Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini berkata demikian ketika diminta mengulas ekoran insiden tindakannya yang meluahkan perasaan berbaur bengang terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya, sebelum ini.

Bagaimanapun Qi memberitahu, dia ada menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepada aktor itu atas tindakannya yang mungkin terlalu mengikutkan perasaan.

Ditanya mengenai perkembangan hubungan dia dan Nelydia, Qi berkata hubungan mereka seperti biasa dan mereka masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain - MalaysiaDigest


Gambar Myvi Terjunam Dari Tingkat 4 Kompleks Asia City, Sabah

nescafeais - 11:53


KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi

Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ni laporan asal kejadian:- 

Kereta jatuh dari bangunan beralamat di Bangunan Star City, Asia City, Kota Kinabalu.

BBP Kota Kinabalu respon ke tempat kejadian.


Keanggotaan: K/O PBK II Zainal Ismail bersama 7 org anggota. Laporan awal melibatkan Kereta jenis Myvi terjatuh dari tingkat 4 ke tingkat bawah (ground floor). Seorang mangsa lelaki tersepit telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dibawa ke hospital oleh pihak ambulan. Sekian






sumber:- http://www.hmetro.com.my/

Anggota Bomba Di Kritik Hebat Kerana Muat-Naik Gambar Wanita Berseluar Dalam

nescafeais - 10:01

Pasukan bomba di sebuah bandar di Semenanjung Hubei, telah dikritik hebat oleh pengguna media sosial kerana memuat naik gambar seorang wanita berseluar dalam yang cuba diselamatkan.

Niat anggota bomba yang pada mulanya cuba menzahirkan sumbangan mereka kepada masyarkat telah disalah ertikan oleh pengguna media apabila gambar berkenaan tidak ditapis dengan hanya mengaburkan muka wanita berkenaan, tetapi gambar wanita terbabit berseluar dalam tidak dikaburkan.


Kejadian tersebut berlaku apabila tangan wanita tersebut tersangkut pada lubang tandas setelah beliau cuba mengambil stokin yang terjatuh ke dalamnya. Anggota bomba bertungkus lumus cuba menyelamatkannya dengan terpaksa memecahkan tandas tersebut.

Pengguna media memuji tindakan bomba namun mengkritik gambar yang dimuatnaik kerana ianya agak tidak sesuai dan memalukan wanita terbabit.


Wednesday 29 January 2014

Video Adengan Kejar Mengejar Polis dan Penjenayah di Johor Baharu

nescafeais - 21:12


Aksi kejar mengejar antara Polis dan Penjenayah bersenjata api berlaku di kawasan Johor Baharu. Akhirnya penjenayah tersebut berjaya di tahan tanpa melibatkan korban nyawa. Syabas Anggota PDRM..

sumber video:- DAily-TRaffic-REport

saksikan video:- https://www.facebook.com/photo.php?v=784813008214092&set=vb.184427624919303&type=2&theater


Kanak-kanak 4 tahun dipukul guru tuisyen hingga lebam kerana gagal hafal ABC

nescafeais - 10:15
LENGAN kanan Issac lebam dipukul.

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.

Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.

 Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.

“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif. -Harian Metro

 

Bayi Wira Lahad Datu, Arwah Zulkifli Mamat Kini Menderita Jangkitan Paru-paru

nescafeais - 03:10



10 bulan lalu, dirinya ditimpa musibah apabila suaminya, Allahyarham Asisten Superitendan Zulkifli Mamat, salah seorang anggota VAT69 yang gugur dalam pertempuran menentang pengganas sultak Kiram di Lahad Datu, Sabah.

Ketika itu, masih terbayang tangisan Noor Ziah Noor, isteri Allahyarham sewaktu berhadapan dengan dugaan yang begitu besar. Lebih memeritkan, ketika itu dia mempunyai dua anak kecil yang masih dahagakan kasih-sayang seorang ayah.

Lebih memilukan lagi, pada waktu itu, dia baru sahaja mengandungkan anak ketiga hasil perkongsian hidup dengan arwah Zulkifli.

Bagaimanapun, kesedihan Noor Aziah Noor, sedikit terubat apabila bayi lelaki yang diberi nama Noor Aqib Syahid, selamat dilahirkan pada Oktober tahun lalu.

Namun,  pertengahan bulan ini kesabaran dan ketabahan balu wira Lahad Datu ini sekali lagi teruji,  Anak yang baru dilahirkan, yang kini baru berusia tiga bulan disahkan terkena jangkitan kuman pada paru-parunya pada pertengahan bulan ini.

Ketika ditemui wartawan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras hari ini, Aziah memaklumkan bahawa anaknya sebelum ini sudah pun menerima rawatan di sebuah hospital di Perlis.

“Dia mula dimasukkan ke wad pada 16 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 22 Januari. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, saya lihat keadaannya kembali tidak sihat.

Aqib kelihatan penat dan nafasnya agak laju daripada biasa sehingga menyebabkan saya terpaksa membawanya kembali ke hospital. Bayi saya kemudiannya ditahan semula di wad berkenaan sehinggalah 26 Januari lalu.




“Semalam, saya membawanya ke HUKM memandangkan saya perlu menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Op Daulat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ia sekaligus memudahkan saya untuk menjaganya di sini selain mahukan rawatan yang terbaik untuk anak saya. Pada masa yang sama,  hospital ini mempunyai ramai pakar yang mungkin boleh membantu dalam memulihkan kesihatan Aqib,” katanya.

Ditanya keadaan terkini bayi itu, Aziah menjelaskan Aqib kini dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan rawatan dan perhatian rapi.

“Saya cuma berharap agar anak saya kembali pulih seperti sediakala dan memohon agar orang ramai sudi mendoakan yang terbaik untuk kesihatan anak saya,” ujarnya tenang ketika mengakhiri perbualan. – Mynewshub.my

Tuesday 28 January 2014

5 Gambar Rompakan Van Armour Security Kena Bakar dan 3 Juta Dirompak Di Ijok

nescafeais - 15:32


Pada pukul 10 pagi sebuah van “Armour Security” dirompak dan telah di bawa lari ke dalam ladang kelapa sawit berdekatan IJOK Kuala Selangor.

Bukan itu sahaja, van tersebut telah dibakar dan menyebabkan 2 cedera dan telah pun dihantar ke hospital. Jumlah rompakan cukup lumayan iaitu berjumlah RM3 juta…
Berikut gambar Rompakan RM3 Juta. Van ”Armour Security” Dibakar di Ijok






Sumber Gambar:- Facebook Daily Traffic Report

Monday 27 January 2014

5 Gambar Buaya Tembaga 4.8 Meter Mati Tersangkut Pukat dI Setiu

nescafeais - 10:40


Buaya kalau besar camni, kalau dekat Sarawak, mungkin biasa je. Tapi kali ni kat Semenanjung Malaysia pun ada, Lihat 5 gambar buaya tembaga terlekat di pukat nelayan di Setiu Terengganu.

SETIU – Seorang nelayan dari Kampung Beris Tok Ku terkejut apabila pukat yang dipasang di Sungai Bari dekat sini tersangkut seekor buaya betina spesies tembaga berukuran kira-kira 4.8 meter dengan berat kira-kira 500 kilogram di sini kelmarin.

Reptilia berusia kira-kira lebih 30 tahun itu dikatakan kekenyangan selepas makan seekor babi sebelum tersangkut di pukat yang dipasang oleh nelayan berkenaan.

Seorang penduduk, Hussin Mamat, 57, memberitahu, kejadian itu disedari oleh nelayan terbabit yang juga rakannya semasa dia pergi ke Sungai Bari untuk melihat pukatnya pada kira-kira pukul 9 pagi.

Artikel Asal: http://www.kosmo.com.my




Sunday 26 January 2014

Gambar Gotong-royong Operasi Bersihkan Kutu Kepala Murid Tahun Satu Di Kajang

nescafeais - 13:51



Gambar yang diupload oleh Nazatushima di dalam Facebooknya adalah satu contoh pengorbanan guru sehingga sekecil-kecil kutu pun mereka sanggup lakukan.

Gambar menunjukkan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama bergotong royong membersihkan kutu di kepala anak murid tahun 1 di sekolah mereka.

Menurut Cikgu Natashima guru-guru tersebut adalah guru yang mengajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Kajang Utama. Atas inisiatif dan keprihatinan mereka, mereka bergotong royong membasmi kutu-kutu di kepala murid-murid. 

Tahniah kepada warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama kerana anda sememangnya guru-guru prihatin dan berdedikasi. Tahun ini semoga kamu semua peroleh Anugerah Guru Cemerlang

Saturday 25 January 2014

12 Gambar Sekitar Pengkebumian Ulamak Allahyarham Tuan Guru Harun Taib

nescafeais - 13:03
Gambar-gambar sekitar pengkebumian Allahyarham Tuan Guru Harun Taib di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu. Jenazah disolatkan sekitar pukul 10 pagi tadi.

Dianggarkan lebih kurang 5000 mengiringi Jenazah ke tanah pengebumian. Tuan Guru Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi. AL-FATIHAH

Dr Mahathir Ramal BN Akan Kalah Teruk Jika Gagal Tangani Isu Kenaikan Harga

nescafeais - 11:58


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

“Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk ‘Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam’ di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

“Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

“Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

“Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

“Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia,” katanya lagi. – SINAR HARIAN

Friday 24 January 2014

Malaysia Bakal Dilanda Salji Tidak Benar - Jabatan Meteorologi

nescafeais - 10:52




Sekarang sibuk memperkatakan mengenai keadaan yang agak sejuk di seluruh Malaysia.
Lebih merisaukan ada pula yang menyebarkan kononnya Indonesia dilanda salji dan ada ahli nujum yang  pula yg meramalkan Malaysia kononnya akan dihujani salji pada tahun 2015.

Menurut sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.

Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.
Fenomena yang melanda beberapa negara yang selama ini tidak pernah atau sudah lama tidak dilanda salji dipanggil ‘zaman ais mini’ yang berpunca daripada aktiviti matahari yang berada di tahap minimum.

Kalau mengikut kajian sains dan ilmu manusia, maka ianya adalah mustahil, namun kuasa Allah tiada siapa yg mampu menidakkannya.

VIDEO KONONNYA INDONESIA DILANDA SALJI


Seram: Video Kanak-kanak Bermain Di Birai Luar Tingkap Blok Bangunan Tinggi

nescafeais - 10:07


Menyeramkan, video viral yang menunjukkan kanak-kanak tanpa pengawasan bermain di luar tingkap blok bangunan yang sangat tinggi.

Video bermula dengan kanak-kanak itu berjaya memanjat tingkap dan berjalan di birai luar tingkap rumah flat berkenaan.

Dia berjalan beberapa minit di atas birai tingkap, Di akhir klip video tersebut, dia kemudiannya duduk di pinggir birai tingkap dan mengantung kakinya.

Dia kemudian bangun dan berjalan-jalan di birai tingkap, sebelum seseorang dari dalam menangkap dia dan menarik dia masuk ke dalam.

"berhenti berdenyut jap jantung tengok video ni."

KLIK SINI JIKA SUKAR UNTUK MENONTON VIDEO DI BAWAH:- https://www.facebook.com/photo.php?v=781545188540874 



Wednesday 22 January 2014

Gambar Anak Ustaz Don, Nama Dan Jantina Anak Sulungnya

nescafeais - 13:27
 sumber gambar:ammboi.com

Tahniah Ustaz Don dan isterinya Husna Mohd Zahry diatas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir.

Untuk pengetahuan anda, penceramah itu memperoleh bayi lelaki dan diberi nama Don Mustofa. Ustaz Don tiba di Mesir dari Malaysia dua hari sebelum isterinya bersalin.

Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).

Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram. Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.

Tahniah

Perbandingan Harga Kereta Jika Turun 30%, Vios Bakal Dijual RM51K?

nescafeais - 12:49


Harga kereta bakal turun 30% menjelang tahun 2017? Menurut laporan akhbar hari ini, perbezaan besar penurunan harga kereta akan berlaku conto di atas.

Jika perancangan dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) berjalan lancar, tidak mustahil harga kereta akan turun serendah itu.

Kerajaan Malaysia melalui DAN menggalakkan pengeluar kenderaan melabur dan membuka kilang yang mengeluarkan kenderaan unit terurai (CKD) di Malaysia. Dengan cara ini, harga kereta yang ditawarkan akan lebih murah kerana ianya dikeluarkan dalam negara.

Semalam, Mitsubishi telah melancarkan kenderaan CKD model ASX dengan harga RM128,879 (berbanding hampir RM140 ribu sebelum ini). Untuk mengeluarkan model CKD, Mitsubishi melabur sebanyak RM30juta untuk membuka kilang dan tenaga kerja.

Dengan menggalakkan pengeluar kereta membuka kilang di Malaysia, ianya akan dapat mengurangkan jumlah import kenderaan termasuk dari negara ASEAN. Sehingga kini, Malaysia masih mengimport sejumlah besar kenderaan.




Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa perlu tunggu sehingga 2017 baru harga turun, mengapa tidak sekarang? Terdapat beberapa sebab antaranya:

  1. Pengeluar kenderaan memerlukan masa untuk membina kilang bagi mengeluarkan model CKD. Selain daripada Mitsubishi, HONDA juga telah membuka kilangnya yang keduanya di Melaka.

  2. Kerajaan cuba melindungi peniaga kenderaan terpakai dengan menurunkan harga secara berperingkat. Jika penurunan harga kenderaan dibuat secara mendadak, maka peniaga kenderaan terpakai akan gulung tikar.

  3. Sekiranya Kerajaan menurunkan harga kenderaan secara mendadak, maka pemilik kenderaan ketika ini yang masih mempunyai hutang dengan pihak bank akan mengalami kesukaran kerana susut nilai yang terlalu tinggi.


P/S:- Apapun kita tunggulah jika perkara ini benar, atau sekadar omong kosong untuk meredakan kemarahan rakyat. 2017 harga turun, 2018 PRU..kehkehkeh..nampak tak permainan dia.

sumber:myMassa

Gambar Ngeri Lelaki Maut Tersepit Lif Di Kuching

nescafeais - 12:24


Kuching: Seorang pekerja kedai perkakasan logam maut selepas kepalanya tersepit pada lif pemunggahan barang di sebuah pusat komersial di Jalan Song, kira-kira 4 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Benedick Guan Christopher, 19, mati di tempat kejadian dipercayai akibat patah leher.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.45 petang dan 12 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kepala mangsa tersangkut antara lif dengan dinding menyebabkan lif itu tersekat.

"Mangsa dipercayai pengsan dalam lif itu, menyebabkan dia jatuh dan kepalanya tersangkut antara lif yang tidak berpintu dengan dinding.

"Lif itu tersekat di tingkat tiga dan ketika mengeluarkan mangsa, dipercayai lehernya sudah patah," katanya.

Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kredit Gambar: Harian Metro, Buletin TV3

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Matikepalatersepitlif/Article/index_html


Gambar: peragut Ketakutan Sembunyi 3 Jam Dalam Longkang Di Mentakab

nescafeais - 10:49


Seorang peragut bersembunyi selama tiga jam dalam longkang selepas terjatuh dari motosikal ditunggang abangnya dipercayai akibat panik kerana dikejar orang ramai yang menyedari perbuatan mereka meragut seorang wanita di Lorong Melor di Jalan Mok Hee Tiang di Mentakab di sini, kelmarin.

Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terperangkap bersama beg diragut mengandungi wang tunai RM19,000, terpaksa bersembunyi dalam longkang besar berhampiran tempat kejadian sebelum diberkas polis.


Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa yang berkerja sebagai penyelia sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan memasukkan wang ke sebuah bank berhampiran.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebaik mangsa yang berusia 22 tahun melalui lorong itu, seorang daripada suspek menolak dan merampas beg dibawanya menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

Beliau berkata, jeritan mangsa menyebabkan suspek dikejar orang ramai sebelum seorang daripadanya terjatuh dari motosikal dan terpaksa menyorok di dalam longkang manakala seorang lagi melarikan diri.




“Polis berjaya menahan suspek pertama yang bersembunyi dalam longkang besar bersama beg berisi wang berkenaan manakala suspek kedua ditahan di kediamannya di Taman Seri Layang, Mentakab dekat sini pada jam 12.30 tengah malam,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek adik-beradik itu dikatakan tahu pergerakan mangsa kerana pernah bekerja di restoran berkenaan sebelum berhenti dua minggu lalu.

“Mangsa luka dan calar di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Mentakab,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis turut merampas motosikal, sarung tangan, topeng dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah ragut.



Next Previous
UTAMA