Show Mobile Navigation

Thursday, 30 January 2014

Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz Dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Qi Razali Tak Boleh Terima

nescafeais - 13:04


Sebagai seorang yang juga bekerja dalam bidang yang sama iaitu dunia lakonan, pelakon dan pengacara Qi Razali tahu sepatutnya tidak timbul soal cemburu di hatinya apabila kekasihnya Nelydia Senrose melakonkan beberapa aksi intim bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini sedang hangat ditayangkan di saluran Astro.

Namun akui pelakon Friday I'm in Love ini, dia sebenarnya masih cuba menerima situasi tersebut. Lebih-lebih apabila Sharnaaz kerap memuat naik foto babak-babak yang menunjukkan kemesraan dia bersama Nelydia di laman sosial Instagram. Kata Qi dia tidak ada masalah apabila melihat gambar-gambar tersebut cuma kapsyen-kapsen romantis yang disertakan Sharnaaz pada gambar-gambar berkenaan secara tidak langsung melahirkan rasa bengang di dalam hatinya.

"Saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka.

"Tapi kapsyen-kapsyen pada gambar tu yang saya rasa tak patut ditulis sampai begitu sekali. Apapun, sekarang ni saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu.

"Saya terkejut. Tambah-tambah bila ada kawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula saya sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya twit apa yang saya rasa pada ketika tu", kata Qi Razali kepada pihak media ketika ditemui pada sidang mediaSelebriti Materniti: Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.

Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini berkata demikian ketika diminta mengulas ekoran insiden tindakannya yang meluahkan perasaan berbaur bengang terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya, sebelum ini.

Bagaimanapun Qi memberitahu, dia ada menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepada aktor itu atas tindakannya yang mungkin terlalu mengikutkan perasaan.

Ditanya mengenai perkembangan hubungan dia dan Nelydia, Qi berkata hubungan mereka seperti biasa dan mereka masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain - MalaysiaDigest


SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment