Show Mobile Navigation

Thursday 28 June 2012

IPO Felda Global Ventures FGV Melonjak 18.5% Menjadi RM5.39 Sesaham!!

Unknown - 12:36
Felda Global Ventures1 IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% Menjadi RM5.39 Sesaham!!

Berbeza dengan era tahun 1990-an dahulu, di mana sekitar pada tahun 1993 kita mampu melihat dan menyaksikan episod berlaku apa yang di dinamakan sebagai ‘Super Bull Run’ iaitu suatu lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan. Itu kisah 19 tahun dahulu….Sekarang?

Kita sama sekali tidak boleh mengharapkan untuk membuat wang mudah untuk sebarang IPO. Kalau dahulu nak buat duit dengan IPO, mendapatkan keuntungan sehingga 100% tidaklah suatu mengejutkan sebenarnya. Ia hanya sekadar cerita biasa sahaja.

Walaupun mungkin pada ketika itu, akan ada kalangan yang merasakan sangat “Sui” (malang) atau dalam bahasa lebih sedap untuk didengar “tiada lagi rezeki” disebabkan tidak berjaya mendapatkan walaupun hanya 1 lot (bersamaan 1,000 unit saham) dalam permohonan IPO anda tetapi anda masih boleh keuntungan yang begitu mengujakan pada hari penyenaraian.
“Orang kata kalau tak dapat hujan lebat, dapat tempias hujan pun jadilah kan?”
Apa yang hanya mereka-mereka perlu lakukan adalah pada masa itu :
  1. Menghubungi remisier mereka
  2. Membeli apa sahaja unit saham berdasarkan harga terpapar di skrin
  3. Akhirnya mereka yang merupakan “pemburu saham” ini akan mendapat keuntungan mudah semasa era “Super Bull Run”
Hari ini, jikalau anda mahu bermain dengan saham, kalau dapat keuntungan sekitar 10% pada hari penyenaraian pun boleh dikatakan cukup bertuah untuk pemburu-pemburu saham. Hakikatnya, pada tahun ini sahaja 3 daripada 5 syarikat yang telah disenaraikan tahun telah hilang antara 4% dan 20% daripada nilai permodalan pasaran mereka sehingga akhir bulan Mei yang lalu.

Ini harga yang perlu dibayar oleh kalangan pemburu saham yang meletakkan wang hasil titik peluh mereka selama ini sentiasa berdepan dengan risiko yang cukup besar untuk situasi pasaran saham pada hari ini yang sukar untuk dijangka.

Sedang dalam situasi di mana ramai yang menyangka mereka akan menerima limpahan kekayaan daripada lonjakan luar biasa Facebook Inc(Nasdaq : saham facebook), akhirnya berita yang mereka dapat perhatikan, hanyalah saham Facebook saham kehilangan 29% daripada nilai harga IPO Bacebook sekitar $38 sesaham yang ditutup pada ketika itu.

Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia (Bursa Saham Malaysia) dengan permodalan pasaran berjumlah RM16.599 bilion berdasarkan harga petunjuk IPO sebanyak RM4.55 sesaham. Sukar dibayangkan di mana 3.648 juta saham Felda bakal terpapung dalam pasaran. Sebenarnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) boleh dikatakan pemain lain dan prestasinya juga agak berbeza dengan Facebook memandangkan Felda adalah pemegang industri kelapa sawit ketiga terbesar di dunia.

Dan hari ini, pada ketika laporan ini dikeluarkan, penyenaraian IPO Felda Global Ventures ini di Bursa Malaysia merupakan hari di mana menyaksikan saham Felda Global Ventures Holdings Bhd melonjak sebanyak sebagai 19.3 peratus apabila disenaraikan buat pertama kali dengan tawaran permulaan (IPO) sejumlah US$3.1 bilion sekaligus berjaya mengatasi kemerosotan berbanding senarai saham di seluruh dunia ketika ini.

Apa tidaknya dengan kegagalan penyenaraian Facebook dan penangguhan beberapa kali beberapa IPO Asia disebabkan kebimbangan pelabur terhadap krisis hutang di Eropah dan juga ekonomi yang tampak perlahan, pastinya yang melabur tidak akan senang duduk dibuatnya di hari penyenaraiannya.
IPO FGV IPO Felda Global Ventures (FGV) Melonjak 18.5% Menjadi RM5.39 Sesaham!!

Akhirnya hari ini :
  1. penyenaraian kedua terbesar tahun selepas Facebook menyaksikan saham Felda, yang memegang kuasa sebagai syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di dunia ketiga terbesar minyak sawit dunia syarikat dibuka kepada RM5.39 sesaham (peningkatan sebanyak 18.5 peratus), berbanding dengan harga rujukan pada awalnya sekitar RM4.55
  2. Dalam beberapa minit dagangan bermula, saham Felda melonjak sebanyak 19.3 peratus bersamaan RM5.43 sesaham.
P/S : Siapakah agaknya yang untung disebalik IPO Felda hari ini. Benarkah kalangan orang Felda mendapat limpahan dan keuntungan besar daripada penyenaraian IPO Felda kali ini? Berapa ramai kalangan di sini yang berkesempatan beli saham Felda sebelum ini? Apa kata anda (pemburu-pemburu saham) dengan hasil penyenaraian IPO Felda setakat ini?

Friday 15 June 2012

Pelakon Razak Ahmad Bersalah Khalwat

Unknown - 10:45
 
 
Selepas enam tahun naik turun mahkamah berhubung kes khalwat dengan ahli perniagaan berstatus isteri orang, pelakon Razak Ahmad akhirnya didapati bersalah dan didenda RM2,900 atau setahun penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
 
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menasihatkan Razak menjaga tingkah laku memandangkan dia adalah artis kerana setiap perbuatan artis yang baik menjadi ikutan kepada masyarakat dan mendapat pahala. “Sesungguhnya perbuatan tertuduh yang berkhalwat bukan saja menjejaskan dirinya malah keluarga, masyarakat dan peminat.

“Tertuduh sering diberikan watak baik dan ahli agama dalam lakonan, jadi mahkamah berpendapat dia mengetahui kesalahan khalwat dan patut diberi hukuman tegas,” katanya. Bagaimanapun, Wan Mahyuddin berkata, mahkamah memberi peluang kepada tertuduh memperbaiki diri dan mahukan masyarakat menerima dirinya.
“Mahkamah berharap hukuman ini memberi pengajaran bukan saja kepada tertuduh tapi kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, dalam hujahan meringankan hukuman, peguam Syarie Muhamad Azman Karim yang mewakili Razak merayu mahkamah memberikan hukuman ringan atas alasan anak guamnya insaf dengan perbuatannya.

Tambahnya, akibat daripada kes itu, tertuduh kurang mendapat tawaran berlakon selain disenaraihitamkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Kes yang berlanjutan selama enam tahun ini menjadi hukuman kepada tertuduh. Dia hilang tawaran berlakon dan bercerai dengan isterinya. Malah kes ini disebut di kalangan warga media,” katanya. Selain itu, Muhamad Azman memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Razak kerana ia memberi kesan kepada kehidupan dan pendapatannya.

Pendakwaan kes itu yang dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli.
Pada prosiding sebelum ini, pendakwaan memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan manakala hanya Razak tampil sebagai saksi pembelaan.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Razak enggan mengulas lanjut. “Saya tak ada apa nak komen. No (tiada) komen. Saya frust (kecewa),” katanya. Razak yang memakai sut hitam dan bersongkok membayar denda itu.

Pada 14 September 2006, Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 46, tidak mengaku bersalah berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 46, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, jam 2.15 pagi, 1 April 2006.

Bagaimanapun, Selamah yang hadir bersama suaminya pada prosiding itu mengaku salah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan (b) bagi wanita mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Next Previous
UTAMA