KUALA LUMPUR – Setelah industri hiburan negara kehilangan seorang penyanyi berbakat, Izwan Pilus semalam, kecoh pula di blog-blog hiburan yang menafikan tentang khabar angin yang menyatakan kononnya seniwati terkenal, Azean Irdawatyjuga meninggal dunia.
Menurut lama blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, penyebaran maklumat palsu tersebut dikesan melalui laman sosial Twitter oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kemudiannya, khabar tersebut telah di’retweet’ oleh artis Farahwahida yang menafikan dakwaan liar itu sekaligus mempertikaikan kesahihan berita tersebut.
Rotikaya.com turut memaklumkan bahawa wartawan Melodi di TV3, Zuan, baru sahaja selesai berbual dengan Azean Irdawaty menerusi telefon dan sekaligus menafikan dakwaan di Twitter itu.
“Wartawan TV3 untuk rancangan sensasi Melodi, Zuan baru sahaja berbual bersama Azean Irdawaty menerusi telefon dan ini mengesahkan lagi segala kenyataan yang keluar di Twitter hanya’lah khabar angin,” kata pemilik blog hiburan itu.
Mungkin enggan membiarkan spekulasi tersebut berlegar sehingga menimbulkan fitnah dan mengelak timbul spekulasi lebih buruk, laman blog hiburan terkenal, Beatifulnara.com dan MediaMalaya.com turut menyatakan kepalsuan berita tersebut di blog masing-masing.
Dikuatkan lagi dengan kenyataan seniwati ‘airmata’ itu melalui lama Twitter milik anak perempuannya, Elza Irdalynna, yang menjelaskan beliau sihat dan sedang belajar berjalan kembali.
A’kum, TQ All for ur concern re false news. I forgive & pray God bless d person responsible. Am well & learning to walk now – Azean Irdawaty,” kata Azean yang dipetik dari laman Twitter anaknya itu.
Selain itu, Elza sempat merakam dan memuat naikkan gambar ibunya yang kini menjalani rawatan terapi sambil beraksi tersenyum sambil memegang sebiji buah limau.
Salam.. mohon share ye... link anda di sertakan juga :p
ReplyDelete