Show Mobile Navigation

Saturday, 14 December 2013

Berhala Haji dan Hajah Dibina Kononnya Kerana Menghormati Orang Islam

nescafeais - 18:13


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Abdullah Zaik kesal dengan pihak yang terlibat membina berhala Haji dan Hajah yang dikesan di Lumut, Perak.

Abdullah berkata pembinaan berhala itu merupakan satu provokasi berterusan kepada umat Islam di negara ini yang terkenal dengan sikap toleransinya.

Katanya, pembinaan berhala Haji dan Hajah itu juga jelas mencabar kesabaran umat Islam yang selama ini banyak bersabar dengan provokasi pihak-pihak tertentu.

"Ini (berhala haji dan hajah) merupakan satu bentuk provokasi berterusan pihak-pihak tertentu kepada umat Islam di negara ini.

"Ianya jelas mencabar kesabaran kita (umat Islam) yang selama ini sering bersabar dan terkenal dengan sikap toleransinya," katanya.

 Abdullah berkata, ISMA mendesak pihak berkenaan perlu menyiasat pihak yang bertanggungjawab membina berhala Haji dan Hajah itu.

Beliau menegaskan selepas siasatan, pihak berwajib perlu memberi penjelasan kepada umat Islam bentuk tindakan yang telah diambil dan hasil dari tindakan yang telah dikenakan.

"Pihak berkenaan perlu menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. Selain itu penjelasan perlu dibuat kepada umat Islam kerana mereka berhak tahu apa tindakan yang telah diambil dan hasil dari tindakan tersebut," katanya.

Sebelum itu, ISMA menerusi laman webnya ismaweb.net mendakwa umat Islam terus dihina dengan berhala Haji dan Hajah di Lumut, Perak.

Menurut akaun Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official berhala haji dan hajjah ini dibina untuk menghormati umat Islam. Lokasi Di Lumut, Perak, Jelas ia satu Penghinaan Besar Buat Umat Islam
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






4 comments:

  1. Menurut https://www.facebook.com/skytech.loksic : Kalau x silap sy kat setiap tokong cina/ Kilang, kalau anda lebih peka, anda boleh nampak, semua ada ini. .Tahu x apa maksud Pak haji dan Hajjah ni bermaksud ? Ia bermaksud tanah yang diduduki itu adalah milik 2 org Haji dan Hajjah, penghuni sekarang sembayang untuk beri hormat dan minta tolong Haji dan Hajjah beri jagaan kat org org yang duduki tanah itu, jauh dari benda kotor.Dan org cina hanya sembayang dengan colok dan buah-buahan, tiada daging khinzir atau benda lain, kerana Haji & Hajah adalah beragama islam

    ReplyDelete
  2. berhala tu dikenali dengan nama "datuk gong" atau lidah cina "natukong". ia bukan dari ajaran buddha tapi berasal dari kepercayaan tradisi cina menyembah nenek moyang dan penunggu atau roh orang2 besar. dalam kes natukong, mereka percaya tanah tersebut mempunyai penunggu berbangsa Melayu, maka dibina tokong untuk menyembah 'datuk' itu kononnya tolak bala dan murah rezeki. cheng ho yang muslim pun ada tokong orang cina sembah cheng ho. pada saya ini bukan satu bentuk hinaan melainkan itu adalah kepercayaan tradisi mereka, memang karut tapi mereka pun dah buat kerja tu dah bergenerasi. ini isu kecil je, sebenarnya bukan isu pun, kalau nak dibandingkan dengan dakyah kristian, isu natukong ni cuma salahfaham antarabudaya... berbeza dengan dakyah kristian yang memang bahaya...

    ReplyDelete
  3. bukan di lumut jer, byk tokong melayu kat malaysia nih... yg aku tau kt klang pun ada, siap bangunan tokong tu bentuk masjid lg.... kt taiping pun ada,.... benda ni dh lama... biarlah, agama mereka.... diorang tak dakwah kita suruh sembah pun...

    ReplyDelete
  4. Hydro Hotel Penang, Batu Ferringghi pun ada juga patung mcm ni tp satu aja siap ngan nama Datok Panglima Kuning.... ISMA kena p siasat gak niee

    ReplyDelete