Show Mobile Navigation

Tuesday, 5 January 2016

Apa itu Nebulizer?

nescafe ais - 00:09

Nebulizer merupakan mesin yang digunakan untuk menyampaikan ubat asma ke paru-paru. Cecair ataupun liquid yang terdapat di canister akan bertukar seperti wap melalui tindak balas kimia akan dirembeskan menggunakan nebulizer bagi memudahkan penyampaian ubat dengan berkesan terus kepada paru-paru anda. Ia kelihatan sama seperti ubat orang tua yang menggunakan ubat asma ataupun orang ramai selalu memanggil ubat sedut. Memandangkan sifat bayi yang tidak pandai untuk menyedut ubat, peralatan perubatan iaitu Nebulizer diguna pakai untuk membantu kanak-kanak menyedut ubat asma.
Dan jika anda mempunyai anak kecil, anda akan tahu bagaimana mencabar untuk memujuk anak anda yang kecil, tidak tahu mengenai apa itu nebulizer untuk menggunakannya. Kebanyakan nebulizers datang lengkap dengan topeng muka. Kanak-kanak akan rasa fobia ataupun takut sekiranya mereka ditutup dengan topeng muka ini sekiranya ini pengalaman pertama mereka.
Source: ikahwin

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment