Show Mobile Navigation

Tuesday 6 May 2014

Pemain JDT Dipecat Kerana Mencuri Duit Rakan Sepasukan RM500

nescafeais - 19:41


Johor Bahru: Akibat mencuri duit RM500 milik rakan sepasukan, seorang pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dipecat hari ini, selepas mengaku berbuat demikian di dalam bilik persalinan di padang bola Seri Gelam di sini pada 1 April lalu.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun meletakkan begnya di dalam bilik persalinan sebelum mengikuti sesi latihan dan kembali semula kira-kira dua jam kemudian.

Sebaik memeriksa dompetnya, mangsa terkejut apabila mendapati wangnya berkurangan sebanyak RM500.

Sumber berkata, mangsa memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan pasukan sebelum mereka meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik berkenaan dan mendapati wang itu dicuri rakan sepasukan mereka.


Katanya, pihak pengurusan pasukan berjumpa dengan pemain yang disyaki mencuri terbabit dan dia mengaku mengambil wang berkenaan.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan laporan kejadian dibuat mangsa hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengesahkan kejadian dan pemain terbabit digugurkan dari pasukan JDT berkuatkuasa hari ini.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment