Show Mobile Navigation

Thursday 8 May 2014

Boy Iman, Pian Cecupak Dan Nash Dapat Gelaran Datuk Dari Kerajaan Naning

nescafeais - 13:00


KUALA LUMPUR: Beberapa pelakon dan penyanyi Malaysia baru-baru ini dilaporkan dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran 'Datuk'. Mereka yang kini bergelar Datuk ialah penyanyi Boy Iman dan Nash , serta pelakon komedi Pian Cecupak.

Boy Iman, yang memuatnaikkan beberapa gambar daripada majlis penanugerahan itu di laman Instagram dan Twitternya, mengucapkan terima kasih kepada media yang hadir untuk membuat liputan.

Munurut laporan Sinar Harian, Boy Iman berkata menerima gelaran 'Datuk' adalah bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya dan kerja amal yang dilakukannya merupakan antara faktor utama dia dianugerahkan dengan gelaran itu. 



Turut menjadikan kerja amal sebagai sebab utama untuk penerimaan gelaran 'Datuk itu ialah Pian Cecupak. “Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,” katanya kepada Sinar Harian. Nash pula dilaporkan berkata walaupun telah dianugerahkan dengan gelaran 'Datuk', dia tetap akan meneruskan kerja-kerja amalnya.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment