Wednesday, 23 April 2014
Mereka Yang Dapat Dosa - Rabecca Nur Al-Islam
nescafeais - 11:36PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam menjelaskan gambarnya yang dimuat naik di Instagram miliknya bukan untuk tontonan umum tetapi ia hanyalah untuk pengikut istimewanya sahaja kerana akaun berkenaan adalah
Rabecca , 28, berkata, dia kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan bahan kutukan.
“Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai.
“Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Selasa.
Rabecca meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya yang berpakaian seperti sejenis sut ketat berwarna merah dengan imej bertudung disebarkan kepada umum pada Ahad lalu.
Gambar tersebut mengundang kritikan hebat daripada masyarakat sehingga dia disamakan seperti watak dalam cerita kartun Teletubies.
Pelakon itu turut dikecam memandangkan dia sebagai wanita yang bertudung tidak patut berpakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Dalam pada itu, Rabecca turut berkata, sebagai seorang wanita yang baharu berhijrah iaitu memakai tudung, dia juga sedang berusaha dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik.
“Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,” ujarnya. - mStarOnline
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE
SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment