Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur 
dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu 
sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah
 bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap 
terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.
Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan 
menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, 
kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul
 gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan 
kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik 
yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. 
Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas
 dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi,angin dari 
kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut
 jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. 
Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh 
yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan 
fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya 
tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat
 ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita
 sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita 
menurun.
Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang 
terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di 
bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan 
juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin.
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment