Kuwait. Kedua orang anak perempuan tidak mengetahui bahawa ibu mereka telah meninggal dunia 8 bulan yang lalu. Padahal mereka hidup dalam flat yang sama.
Mereka baru sedar ibu mereka telah meninggal setelah tubuh ibu mereka mengurai dan hanya tinggal baju dan tulang yang membalut baju. Itupun setelah salah seorang adiknya yang telah lama sakit di hospital meminta bertemu
dengan ibunya.
Akhbar Kuwait, Al-Wathan, melaporkan bahawa hasil bedah siasat menunjukkan si ibu telah meninggal 8 bulan yang lalu tanpa unsur jenayah.
Kedua anak telah diperiksa dan terbukti tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka. Menurut pengakuan mereka, mereka terlalu sibuk dengan pekerjaan harian.
Ini membuatkan mereka tidak terfikir untuk mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Kebiasaannya mereka akan keluarbekerja pada pagi hari, dan pulang lewat malam.
Mereka sangka ibu mereka keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti kebiasaannya.
0 comments:
Post a Comment