Friday, 14 March 2014
Raja Bomoh Ugut Saman Pihak Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam
nescafeais - 12:24Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.
Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.
“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.
“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.
Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.
Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.
Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.
"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.
Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.
Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.
Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. - 14 Mac, 2014.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE
SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment