Show Mobile Navigation

Saturday 1 March 2014

Kebetulan, 2 pemilik Akaun Facebook Maut Kemalangan Selepas Update Status Yang Sama

nescafeais - 13:26



Adakah Kebetulan ? Itulah pertama kali menyedari status dimuatnaik oleh dua pemilik facebook yang maut kemalangan adalah status yang sama!

Seperti yang dilaporkan, 3 individu bernama Tengku Joe, Dieba Yatz Min dan Eyja ReLa yang maut dalam kemalangan telah menunjukkan tanda-tanda dengan memuat naik status syahdu "kematian" di akaun masing-masing. Ketiga-tiganya mereka juga maut akibat menunggang motosikal.

Namun, agak mengejutkan apabila Status Tengku Joe dan Eyja ReLa adalah status yang hampir sama.



" Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku."

Ada yang cuba menimbulkan ketakutan orang ramai dengan mendakwa ayat tersebut seakan "ayat berantai"! Namun, kita sebagai umat Islam, kita tidak boleh mempercayai perkara seperti itu kerana ajal dan maut semuanya di tangan tuhan.

Mungkin kejadian ini hanyalah satu kebetulan. Dan ayat tersebut juga mungkin ayat yang ditiru dari sumber yang sama di dalam Internet.AL- FATIHAH untuk mereka.  -  Tengok TV Online
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment