Show Mobile Navigation

Friday, 7 March 2014

Keadaan Syamsul Yusof Makin Teruk, Alami Tekanan Darah Rendah, Mungkin Tunda Majlis Nikah

nescafeais - 14:43

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 30 tahun semakin teruk apabila mengalami tekanan darah yang rendah.

Pengarah filem “KL Gangster” itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.

Menurut bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, anaknya itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami demam yang berpanjangan.


Majlis pernikahan Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana sebelum ini dirancang akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, Sabtu ini,



Masih Belum Sembuh, Syamsul Yusof Mungkin Tunda Majlis Nikah 

Bercakap kepada Sinar Harian, Yusof Haslam berkata kesihatan anaknya itu kini tidak konsisten dan doktor yang merawatnya menjangkakan pengarah popular itu untuk sembuh sepenuhnya empat ke lima hari lagi dalam keadaan dirinya ketika ini.

“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahulah sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak”

“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini. Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya”

“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” ujar Yusof Haslam.

Yusof Haslam juga berkata yang beliau tidak fikir majlis pernikahan akan berjalan di hospital kerana ianya tidak manis selain mungkin tidak dibenarkan pihak hospital.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment