Show Mobile Navigation

Wednesday 26 February 2014

Video Pekerja Bank ketawakan Perompak Yang Hanya Bersenjatakan Parang

nescafeais - 10:38


Jika anda seorang kakitangan bank dan berhadapan dengan seorang perompak bersenjatakan pemotong daging.

Sudah pasti anda akan terkejut dan takut apabila berada dalam situasi itu.

Namun, di sebuah bank di Shanghai, kakitangan wanita bank tersebut itu tidak menunjukkan sebarang rasa takut, malah sempat menoleh ke arah rakannya yang berada di belakang dan ketawa.

Mungkin dia berkata,” Perompak ini ingat dia boleh merompak bank ini agaknya!”.

Seorang pelanggan wanita yang sedang berurusan di kaunter segera beredar apabila melihat kehadiran perompak itu.

Beberapa ketika kemudian, dua pengawal keselamatan menghampiri lelaki berkenaan dan menumbangkannya dengan begitu mudah sekali.

Ternyata kakitangan wanita tersebut sudah boleh menduga ‘kebodohan’ perompak itu yang datang berseorangan dan dalam keadaan tidak bersedia.

Lagi pun, dia dan perompak tersebut dipisahkan oleh cermin kaca, jadi apa yang perlu ditakutkannya. Tak gitu?

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment