Show Mobile Navigation

Thursday 6 February 2014

Keluhan Kastam Malaysia - Jangan Abaikan Kami

nescafeais - 10:32

Jika sebelum ini, para Jururawat mengeluh dengan bebanan kerja yang tinggi tapi mendapat habuan gaji yang rendah, (rujuk sini:aduan kerja jururawat malaysia gaji sedikit kerja banyak ).

Namun, adakah perkhidmatan para jururawat ini  memuaskan hati pesakit?..sehingga ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan Jururawat Kerajaan Pelacur murahan (rujuk artikel:- lelaki gelar jururawat kerajaan macam pelacur murahan)

Kali ni Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula mengeluh dengan bayaran gaji yang tidak setimpal demgan bebanan kerja mereka.

Baca luahan di bawah:-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import dan eksport Negara.

JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat, iaitu ; Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.

Apa yg ingin kami highlightkan disini ialah tugas-tugas Kastam yg tidak kurang pentingnya terhadap Negara. Kalau pasukan-pasukan keamanan yang lain memikul senjata bagi menumpaskan musuh dalam melaksanakan tugas, Jabatan ini pula hanya berbekalkan semangat yang jitu dalam menjalankan tugas mereka. Kami menerima rungutan dari pegawai serta anggota Kastam ini sendiri yang merasakan mereka jauh ketinggalan dalam skim gaji.

Diakatakan staff yg baru masuk bertiugas, cuma menerima gaji rm1 mahal dari kerani baru masuk.  Bahagian pguatkuasaan pula cuma diberi elaun rm300 untuk mengalas tugas membenteras penyeludupan yang tak kenal siang dan malam, sedangkan jpj, kpdnkk,  bahagian penguatkuasaan ini dberi elaun dan dibayar OT.

“ Kami tidak pernah mengharap simpati apatah lagi ganjaran ... jika yg disana selalu dinaikan gaji, dinaikan gred, diberi skim baru, dikatakan kerja terbeban dgn aktiviti lain, diberi pelbagai working tool, diberi bonus setiap tahun … kami disini tetap memegang amanah Negara tanpa apa-apa” rungut mereka.

“ Jadi dengan gambaran ini diharap ada mata yg memandang tugas kami serta dapat mempertimbangkan imbuhan-imbuhan yg selayaknya buat kami. Jangan hanya keluar gambar pegawai kastam yg smart berkot di airpot” keluh mereka.
Apa pendapat anda?semoga luahan ini diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment