Show Mobile Navigation

Friday, 28 February 2014

Iklan Hina Jururawat Tony Fernandes Mohon Maaf

nescafeais - 10:19


Baru-baru ini tersebar iklan dalam pesawat Air Asia yang telah menyakiti hati para jururawat. Iklan insurans yang ditampal pada bahagian belakang kerusi penumpang itu tertulis:

“You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses”

(Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Kritikan terhadap iklan ini bukan sahaja dibuat melalui akaun Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes malah Persatuan Kesihatan Malaysia (MMA) turut mendesak permohonan maaf daripada syarikat penerbangan ini kerana memberikan imej negatif terhadap profesion jururawat di negara ini.


Bagaimanapun hari ini, respon Tony pasti sedikit sebanyak mengubati hati jururawat yang telah terluka.

Menurut Tony, beliau secara peribadi turut berpendapat itu adalah iklan yang bodoh dan sudah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar supaya memastikan ia dihentikan serta merta sambil mengambil langkah perlu bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

Tony turut memberi jaminan, beliau sendiri akan bercakap tentang hal ini dengan Tune Insurance Holdings. Difahamkan, insiden berlaku disebabkan ada proses yang tidak dipatuhi.

Sementara itu menurut jurucakap Air Asia, sepucuk surat memohon maaf sudah diutus kepada Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) bagi menyatakan kekesalan Air Asia dan Tune Insurance di atas insiden yang tidak disengajakan ini.

Mengulas lanjut motif sebenar di sebalik iklan yang mencetuskan kontroversi itu, jurucakap Air Asia menyatakan ia sebenarnya cuba menggalakkan setiap oran agar menemani anggota  keluarga yang sakit. - Sumber: YAHOO NEWS
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






1 comments:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) IS CROCODILE’S TWO HEAD
    To all Malaysians,
    We would like to inform all Malaysians about Gombak MCA Chief YIP KUM FOOK using (wage) Buddhist monks from Myanmar for the services of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, No 19 Jalan 38 Desa Jaya, Kepong, 52100 KL. Myanmar monks always make mistakes and people cheat. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is a two-headed crocodile, now he always says to people, MCA will die after GE13

    On the other hand, YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is always silent and does not take any action, maybe YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) shared evil with Buddhist Monks from Myanmar. We are very sad about that.

    Hope the people must be careful and notice that this matter and thank you.

    ReplyDelete