Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun terjatuh di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli belah di Jakarta, Indonesia dan mengalami kecederaan serius hingga terpaksa menjalani pembedahan.
Insiden yang berlaku sekitar jam 9 malam di Pluit Village Mall terjadi kerana kanak-kanak tersebut, Lim Yuan Hong, dikatakan sedang bermain dan melompat-lompat di atas tangga eskalator sebelum terjatuh membuatkan badannya tersepit di celah tangga tersebut,
Selain ciri-ciri keselamatan eskalator yang harus dipertingkatkan, ibu bapa atau orang dewasa yang membawa anak-anak juga seharusnya lebih peka mengawasi anak-anak ketika membawa mereka ke pusat beli belah sebab benda buruk boleh berlaku dalam sekelip mata saja!
Sumber: Mynewshub.my , Indoboom.com
0 comments:
Post a Comment