Show Mobile Navigation

Monday 13 January 2014

Gambar Kemalangan Ngeri Pelajar IPT Bukit Piatu Bukit Baru, Melaka

nescafeais - 13:03


Melaka Tengah: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta di negeri ini, maut dalam kemalangan yang menyaksikan kereta dipandunya ‘melekat’ pada pokok di Jalan Bukit Baru, di sini semalam.

Goh Tiam Wang, 23, yang memandu Nissan Sylphy dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang tiang elektrik dan kemudian melanggar pokok di laluan berselekoh itu, jam 4 pagi.



Rempuhan kuat

Kami bergegas ke lokasi, namun mangsa tersepit dalam kereta. Saya menghubungi ambulans dan bomba untuk bantuan” Aliff Irfam Jaafar, Saksi

Mangsa memandu dari arah pusat bandar ke persimpangan lampu isyarat Jalan Penghulu Abas untuk pulang ke rumahnya di Taman Saujana Indah, Bukit Katil. Rempuhan mengakibatkan keretanya 'melekat' pada pokok dan pemandunya tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan mati.

Anggota bomba mengambil masa 30 minit mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk.

Saksi kejadian, Aliff Irfam Jaafar, 20, berkata dia sedang berehat bersama rakan di medan selera berhampiran sebelum mendengar bunyi brek kenderaan dan melihat sebuah kereta melanggar tiang elektrik, sebelum merempuh pokok.

“Kami bergegas ke lokasi, namun mangsa tersepit dalam kenderaannya. Saya segera menghubungi ambulans dan bomba untuk bantuan,” katanya.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, ketika dihubungi berkata, mayat dihantar ke Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Berita Harian , Gambar: FB Page Bomba Malaysia




SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment