Show Mobile Navigation

Saturday, 4 January 2014

Bayi Meninggal Di Taska Kerana Paru-paru Berair Bukan Tersedak Susu

nescafeais - 14:44



Misteri kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini kelmarin terjawab selepas hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan mengidap penyakit paru-paru berair.

Pengusaha taska yang hanya ingin dikenali sebagai Johan, 48, berkata, perkara itu dimaklumkan ibu bapa arwah Azeem Rifhan selepas mendapat laporan bedah siasat daripada hospital.

Malah, katanya keluarga arwah tidak menyedari arwah mengalami masalah berkenaan kerana dia seorang bayi yang aktif dan ceria.

Sehubungan itu, Johan meminta orang ramai berhenti menuding jari ke atas taska miliknya kerana kematian bayi itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah ataupun kecuaian pengasuh.

“Azeem Rifhan meninggal bukan disebabkan tersedak susu kerana doktor mendapati jumlah susu dikeluarkan dari badan mangsa hanya di dalam jumlah minima.

“Malah, saya sudah melawat ibu bapa mangsa ketika di hospital semalam (kelmarin), dan memohon maaf di atas apa yang berlaku, mereka tidak menyalahkan kami reda dengan kejadian menimpa anak sulung mereka dan menganggap itu ketentuan Allah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam Harian Metro, melaporkan Azeem Rifhan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambilnya jam 2.15 petang, kelmarin.

Bayi itu dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur.

Melihat keadaan anaknya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.

Ketika ditanya mengenai keadaan bayi sebelum kejadian itu berlaku, Johan berkata, pengasuh bertugas menjaga bayi itu mendapati bayi berkenaan sedang tidur dan membuatkan kematiannya tidak disedari.

“Melihatkan dia tidur nyenyak, siapa sangka akhirnya boleh berlaku perkara tidak diingini,” katanya. -Harian Metro
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment