Show Mobile Navigation

Wednesday, 15 January 2014

Arwah Ahmad Ammar Terima Anugerah Maulidur Rasul

nescafeais - 08:39


PUTRAJAYA – Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20, anak muda istimewa yang mana jasadnya diberi pengiktirafan tertinggi kerajaan Turki apabila disemadikan di tanah perkuburan sahabat Rasulullah, Eyub Sultan menerima Anugerah Maulidur Rasul 2014 disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim di sini, pagi ini. 


Anugerah itu diterima oleh bapanya, Ahmad Azam Abdul Rahman sebagai wakil. Tuanku Abdul Halim turut menyampaikan Anugerah Tokoh Perdana kepada Pengerusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Dr Mohd Daud Abu Bakar selain tujuh penerima anugerah Maulidur Rasul lain termasuk penyampai radio Salam FM, Mohd Azimi Kassim; bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Thamby Chik; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Wira Hamza Taib; Tan Sri Abdul Kader Talip; Datin Rusmiati Harun; bekas Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir dan Profesor Datuk Zakaria Stapa. 

Penerima Tokoh Perdana membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 selain plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilal Al-Quran manakala, lapan penerima anugerah masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 serta plak, sijil dan hadiah iringan. 

Sementara itu, Tuanku Abdul Halim mengingatkan umat Islam di negara ini supaya berusaha memperkukuh persaudaraan serta mengharmonikan pandangan berbeza dalam menilai sesuatu perkara. 

Titahnya, perpaduan ini wajib dipupuk dan diperteguhkan agar umat Islam tidak dipandang rendah oleh musuh yang sentiasa berusaha meneruskan agenda mereka yang tersendiri “Akhir-akhir ini, beta melihat terdapat segelintir umat Islam yang mudah terpengaruh dengan fahaman luar dan asing yang dibawa masuk ke dalam masyarakat. 

 “Fahaman ini didapati ada yang tidak sesuai dengan pegangan Ahlu Sunnah wal Jamaah dan amalan lazim umat Islam di negara ini,” katanya ketika bertitah merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H di Masjid Putra di sini. 

Turut berangkat pada majlis sama termasuk Raja Pemaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri; serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – Sumber:- Hmetro.com.my
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment