Show Mobile Navigation

Friday, 13 December 2013

Setelah 20 Tahun Tragedi "Black Hawk Down" Akhirnya Amerika Ucap Terima Kasih

nescafe ais - 18:13
Malaysian Sniper

TELOK KEMANG - Selepas 20 tahun kejadian Black Hawk Down berlaku.Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia

Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan   dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.


Hero malaysia yang terkorban di Mogadishu
Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

"Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

"Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,'' katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






6 comments:

  1. tentera malaysia adalah antara pasukan terbaik dunia..tp byk di sangkal oleh US..tp last2 terbongkar yg tentera US ni byk kelemahan..tahniah ATM..

    ReplyDelete
  2. Tahniah ATM.klu dr segi persenjataan US mmg hebat..tp dlm pertempuran ATM adalah yg terbaik di dunia.

    ReplyDelete
  3. tahniah ATM.. kehebatan xperlu digembar gemburkn,ia akan terserleh sendiri bila tiba waktunya.. http://iklansticky.com/hop.php?ref=nik bukan mcm US yg terpaksa menghasilkan pelbagai cerita utk meningkatkn imej n semangat tentera/rakyat mereka yg lemah..

    ReplyDelete
  4. Menurut cerita dari seorang anggota , tentera Amerika yang terlibat pd masa itu ketakutan sama sekali hingga ada yang terkencing dan terberak masa diselamatkan.

    Walaupun setelah 20 puluh tahun berlalu , namum cerita kehebatan ATM tidak dilupakan rakyat Malaysia terutama anggota keselamatan negara.

    ReplyDelete