Show Mobile Navigation

Tuesday, 3 December 2013

,

Peguam Negara Arah Kes Remaja Kahwin Muda Yang Dirogol Dibuka Semula

nescafe ais - 08:43


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan kertas siasatan berhubung kes rogol beramai-ramai seorang gadis bawah umur di Kedah dibuka semula sebelum dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

 Berikutan itu, Peguam negara memberikan tempoh seminggu kepada polis untuk mengemukakan hasil siasatan berhubung kes itu kepada Pejabat Peguam Negara. Menurutnya, kes itu diarahkan dibuka semula selepas ia mendapat perhatian daripada orang awam yang mengambil berat terhadap insiden berkenaan.

“Setakat ini, kita menerima kertas siasatan mengenai keterangan mangsa, bapa dan ibu saudara mangsa serta doktor, selain laporan perubatan.

“Pada masa sama, polis turut diarahkan mendapatkan keterangan tambahan lain berhubung kes ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Gani berkata, sekiranya bukti tidak mencukupi, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah.

Awal November tahun lalu, seorang remaja perempuan menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda bersama pasangannya sekali gus mendapat perhatian daripada orang ramai. Remaja perempuan terbabit Nor Fariza Saad dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias di Masjid Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah ketika berusia 12 dan 19 tahun.

 Bagaimanapun, pada 11 November lalu pasangan terbabit dilaporkan bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, Bapa Nor Fariza mendakwa anaknya dirogol dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi empat bulan sebelum tarikh perkahwinan.

Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa Mohd Fahmi yang merayu supaya laporan ditarik balik. Abdul Gani berkata, polis sudah mengambil tindakan terhadap kes berkenaan di mana dua daripada tiga suspek ditahan, manakala seorang lagi belum dapat dikesan.

“Dua suspek dibawa ke mahkamah dan seorang daripadanya mengaku bersalah serta dihukum selama satu tahun di sekolah pemulihan akhlak.

“Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya atas sebab tertentu ketika itu menarik balik kes berkenaan,” katanya.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






1 comments:

  1. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

    ReplyDelete