Show Mobile Navigation

Sunday 1 December 2013

,

Pelakon 'The Fast and the Furious' Maut Kemalangan

nescafeais - 12:27

Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem ‘The Fast and the Furious’ maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.

Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook.

Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.

kejadian dilaporkan berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles.

Sumber berkata, laporan itu mendakwa bahawa pelakon itu berada di dalam sebuah kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.


SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






9 comments:

  1. There r no o'conner after this..��

    ReplyDelete
  2. RIP.. u r my herO..

    ReplyDelete
  3. sebiji kereta.. should learn more.. rip

    ReplyDelete
  4. Haha.. ya sebiji kereta... wht a language..

    ReplyDelete
  5. Aku x kenal . so tak yah kesah

    ReplyDelete
  6. Sesungguhnya maut sentiasa mengintai kita 70 x sehari...

    ReplyDelete
  7. He was a bad actor anyway.

    ReplyDelete