Show Mobile Navigation

Wednesday, 11 December 2013

Gambar Proton Perdana Honda Accord Wajah Baru Dilancarkan

nescafe ais - 17:54



Beginilah rupa paras Proton Perdana yang diambil dari rekabentuk Honda Accord sebelum ini. Apa yang dapat dilihat rupa hadapannya ada diselitkan ciri-ciri Proton Saga BLM. Proton Perdana Honda Accord ini akan menggantikan kereta rasmi Kerajaan Malaysia.

Proton Perdana berwajah baharu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini

Proton Perdana berwajah baharu aka Honda Accord ini menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet. Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.

Sama ada Perdana Accord ini akan dijual kepada orang ramai atau tidak masih belum diketahui. Mungkin saja keluaran khas untuk kenderaan rasmi kerajaan sahaja. Tunggu sahaja apa PM dan Proton kata, oh ya penasihat Proton iaitu Chedet mungkin akan bersuara juga.


SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment