Show Mobile Navigation

Friday 29 November 2013

Dakwaan Rogol Nor Fazira, Bekas Suami Nafi

nescafeais - 13:10



Mohd Fahmi Mohamed Alias menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.

Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

“Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai .

“Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,” katanya lagi.

Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.

Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.

“Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.

“Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.

“Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,” katanya.

Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.

Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.

Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.

“Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






8 comments:

  1. Hmmmm.... dah kawin umur 12 tahun, nak harap isteri masak mcmana. Sah la perangai pun mcm budak. Tak patut calap perangai jahat, umor 12 tahun perlu bimbingan

    ReplyDelete
  2. ajak la dia main masak2..mst la nak..mertua pon..sama... tulah padah budak2 zaman skrg kalo kahwin umor2 cenggini..haha

    ReplyDelete
  3. ni mak bpk bergado bukan anak brgado

    ReplyDelete
  4. mak bapak sengal kawinkn awal sebab malas nk jaga n didik dgn smpurna. lpstu glamour masuk berita.

    ReplyDelete
  5. da bdak lg wt pe disuruh kawen..blm mtang sepenuhnya lg..2 owg ni perlu bimbingan la..bukan da suka trs kawen..mak bapa perlu mainkan peranan yg btol

    ReplyDelete
  6. hahahaha..... umur 20 pun pun perangai mcm budak inikan 12 fikirla.... 12 tahun nak suruh masak macam2.... goreng telor boleh le....

    ReplyDelete
  7. habis madu sepah bersepah..........lantok kamu leeeerr

    ReplyDelete
  8. dah nak sngat goring "telo" kan... hambik ko.....

    ReplyDelete