Show Mobile Navigation

Friday, 29 November 2013

Cico jawab isu parti liar, "Saya Kutip Tin Bukan Parti Liar"

nescafeais - 14:24


Sekitar Februari lalu, kecoh seketika dunia hiburan dengan penyebaran gambar-gambar kurang menyenangkan pelakon, Cico Harahap di Pulau Perhentian. Dia dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.

Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu. Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.

"Saya kini menjadi jurulatih selam di Pulau Perhentian, saya mahu mencuba kerjaya lain kerana ramai pelakon baharu dan kebetulan kini musim tengkujuh. Jadi apabila mendapat tawaran berlakon dalam drama bersiri Jiwa, arahan Khabir Bhatia, saya tidak melepaskannya.

"Mengenai isu gambar tersebut,  di pulau tersebut sepanjang pantai memang ada bar. Siang saya menjadi jurulatih selam dan malam pula saya kerja di bar, kutip tin.

“Jadi dalam pada saya tengah kutip tin, ada peminat nak bergambar dengan saya dan saya penuhi permintaan mereka. Tetapi alih-alih gambar tersebut tersebar. Jadi saya reda sajalah," jelasnya ketika ditemui sewaktu di lokasi penggambaran Jiwa, di Stadium Titiwangsa, semalam.

“Saya tidak sedih ataupun marah bila timbul cerita sebegini sebab satu masa dulu ibu saya juga telah melalui cabaran lagi berpuluh kali ganda. Tapi dia masih tetap terus bertahan sebagai Uji Rashid sampai hari ini. Asalkan saya masih lagi boleh menyara keluarga saya, itu sudah cukup," ujarnya.

Sementara itu, berkongsi mengenai dirinya, Cico berkata, dia sudah bergelar duda sejak tiga tahun lalu.
Cico yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Nur Fuziana, sekitar 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata Rindu Nur Fitrah, 3.

“Ya, saya sudah bercerai, sejak tiga tahun lalu. Saya ada berkawan dengan seseorang tapi kalau nak kata sudah ada pengganti, belum lagi. Sekarang ni saya dan ibu saya yang jaga anak saya," akuinya.


SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment