KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh 
debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 
semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), esok.
 Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua 
jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan 
awam di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, badan yang menjadi
 payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada 
majlis itu,
memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.
memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.
 Walaupun beberapa penganalisis melihat skim SBPA sebagai "durian 
runtuh" untuk penjawat awam, pelaksanaannya merupakan sebahagian 
daripada inisiatif
untuk mentransformasikan perkhidmatan awam negara menjadi sesuatu yang dinamik dengan budaya berpretasi tinggi yang cekap dan mampu memenuhi permintaan yangsemakin meningkat daripada masyarakat moden.
untuk mentransformasikan perkhidmatan awam negara menjadi sesuatu yang dinamik dengan budaya berpretasi tinggi yang cekap dan mampu memenuhi permintaan yangsemakin meningkat daripada masyarakat moden.
 Skim itu, yang bermatlamat menyediakan ganjaran yang lebih baik dan 
berdaya saing kepada penjawat awam serta mengurus tarikan bakat, 
pengekalan dan pemacu dalam perkhidmatan awam, merupakan sebahagian daripada pelan 
transformasi Najib bagi meletakkan asas ke arah mencapai ekonomi 
berpendapatan tinggi.
 Pada mulanya, Najib telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk 
melaksanakan skim gaji yang lebih baik bagi penjawat awam ketika beliau 
membentangkan
Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lepas.
Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lepas.
 Kerajaan telah memperuntukkan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen 
kakitangan kerajaan di bawah Belanjawan 2012 tetapi semakan boleh 
bermakna gaji yang lebih
tinggi.
tinggi.
 Skim itu, yang dijadual dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini, 
ditangguhkan selepas CUEPACS membantah terhadap kewujudan perbezaan gaji
 yang begitu ketara antara mereka yang menduduki gred JUSA dan Premier berjumlah kira-kira 
2,600 pegawai dan mereka yang berada dalam Gred 54 dan ke bawah.
 Berikutan keadaan yang tidak seimbang, Perdana Menteri mengambil 
tindakan tepat pada 12 Januari apabila beliau meminta supaya skim itu 
disemak semula.
 Satu pasukan petugas khas diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan 
Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dibentuk bagi mengkaji kelemahan
 yang dikatakan wujud dalam skim yang dicadangkan itu.
 Walaupun, pasukan petugas diberi tempoh sehingga 16 April untuk 
menyelesaikan tugasnya, tetapi ia telah dapat membereskannya lebih awal 
daripada
yang diduga.
yang diduga.
 Penyelesaian bagi isu yang hangat ini memberi kelegaan kepada 
kakitangan yang terjejas, yang mana, seterusnya ia mungkin memberikan 
kesan positif berganda di mana empat juta orang lagi akan mendapat 
manfaat jika anggaran kasar empat tanggungan bagi setiap pekerja 
digunakan.
 Sesungguhnya, ia akan menjadi durian runtuh jika mereka juga mendapat 
bayaran tunggakan kerana Cuepacs meminta supaya pakej gaji SBPA yang 
disemak
semula berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari walaupun ia ditangguhkan.
semula berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari walaupun ia ditangguhkan.
 Bagaimanapun, bukan hanya penjawat awam yang mendapat faedah di bawah 
program transformasi Perdana Menteri ke arah mewujudkan ekonomi 
berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini. 
Pada akhirnya, mereka yang berada dalam 
sektor swasta, terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan 
menikmati faedah kerana kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.
 Dasar yang dicadangkan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 
3.2 juta kakitangan sektor swasta. Sementara begitu banyak perdebatan 
mengenai kebaikan dan keburukan bagi dasar sedemikian, perlu diingatkan 
bahawa teras utama ialah bagi menyediakan gaji yang memuaskan dan 
membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.
 Kesimpulannya, semua ini adalah sebahagian usaha di bawah orientasi 
kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di bawah 
pentadbiran Najib bagi
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih baik.
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih baik.
 

 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment