Show Mobile Navigation

Thursday 29 March 2012

, , , , , , , , ,

CUEPACS MAHU GRED PERKHIDMATAN AWAM DISEMAK

Unknown - 08:11


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman hari ini berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.
  
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.

Sebaliknya, katanya semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.

Ini kerana penjawat awam merupakan satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan, katanya.

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang kesemuanya telah ditepati perdana menteri.

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," kata Omar. - Bernama
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






6 comments:

  1. MEMANG PATUT PUN GRED GAJI DISEMAK SEMULA.. N PERLU DIUBAH SECEPAT MUNGKIN.. SEBABNYA KITA SENDIRI TAHU..TQ..

    ReplyDelete
  2. TERUTAMANYA BAGI PENJAWAT AWAM NEGERI SABAH. BAGI PENJAWAT AWAM YANG SUDAH BERKHIDMAT 10 TAHUN TETAPI MASIH KONTRAK.

    ReplyDelete
  3. memang wajar gred gaji disemak semula memandangkan skop kerja untuk N17, terlalu banyak beban kerja yang dibuat terutama sekali N17 perkeranian dan operasi. kami juga mohon agar kenaikan pangkat untuk kakitangan sokongan di pendekkan seperti guru-guru

    ReplyDelete
  4. kami mohon untuk kenaikan time based kakitangan sokongan dipendekkan ke 10 tahun dan bukannya 15 tahun jangka masa yang diberikan adalah terlalu lama..

    ReplyDelete
  5. Kami Gred NP tidak ada peluang naik pangkat seperti guru .Kerajaan nampak guru je bekerja .Kumpulan N kuli batak je

    ReplyDelete
  6. ORANG YANG KECEWA KERENA MAINAN KERAJAAN..........Minta CUEPACS campur tangan dalam hal bayaran ganjaran pejawat awam diberhentikan belum dibayar.saya bagi pihak isteri saya tidak puashati dgn cara kerajaan memberhentikan mereka tiada notis dan surat pemberitahuan langsung.23 tahun isteri saya berkhidmat di SMK BELAGA bawah DUN N.57 BELAGA.Kerajaan berhentikan mereka macam tu aje.............????? ape ni ada sekolah ke,baik kita mogok aje minta PR HIDUP DI BELAGA.pada PRUKE-13 nanti

    ReplyDelete