VIDEO DI SEBELAH-->>
LEMBAH PANTAI - Sejumlah RM500,000 sehingga RM 1 juta diperuntukan 
untuk membaik pulih kerosakan setelah angin kencang dan ribut 
menjejaskan lima kawasan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Kementerian Wilayah 
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal 
Abidin.
Menurutnya, kementerian melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 
akan membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas antaranya Projek 
Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, Seputeh, 
Sungai Besi dan yang paling teruk terjejas di PPR Seri Cempaka.
"Di PPR Seri Cempaka, tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di 
kawasan berdekatan.Ini bagi kerja-kerja membaik pulih rumah dapat 
dilakukan kerana aspek keselamatan penduduk dipentingkan dan tidak mahu 
kejadian sama berulang.
"Pada masa yang sama, beberapa rumah PPR yang dikenalpasti rosak juga 
akan dibaik pulih oleh DBKL termasuklah kedai dan gerai yang rosak,"kata
 Raja Nong Chik bersama isteri,Datin Nafesah Raja Nong Chik ketika 
melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka pada malam kejadian.
Katanya,kepada penghuni yang terjejas dalam kes ini juga berhak membuat
 tuntutan insurans dan pihak DBKL akan membuat tuntutan insurans 
tersebut.
Beliau berkata, DBKL dan pihak bomba turut akan melakukan kerja-kerja 
baik pulih dan pembersihan dengan segera dan aspek keselamatan penduduk 
adalah paling diutamakan.
"Saya juga ingin memuji pihak bomba ,DBKL dan polis yang telah 
bertindak pantas bagi memastikan tiada perkara serius berlaku pada 
kejadian ini,"katanya.
Hadir sama Pengarah Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beberapa buah motosikal dan 
kereta musnah dihempap zink dan objek apabila 12 bumbung unit kediaman 
di tingkat 17 PPR Seri Cempaka diterbangkan angin.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tingkat atas flat berkenaan tidak berpenghuni.
Sementara itu, keluarga mangsa kejadian yang dipindahkan 
sementara,Norliza Hussin,35, berkata beberapa keping syiling rumahnya 
tercabut dan dimasuki air.
"Pada kejadian itu, ayahnya berada seorang di rumah tetapi bersyukur tiada perkara buruk berlaku.
"Kami sekeluarga dinasihatkan oleh DBKL untuk dipindahkan sementara 
atas ciri-ciri keselamatan kerana bimbang hujan ribut berlaku lagi,"kata
 Norliza.
VIDEO DI SEBELAH-->> 
 
0 comments:
Post a Comment