Show Mobile Navigation

Thursday 8 May 2014

Ibu Panik Anak Terkunci Dalam Kereta, Namun Enggan Benarkan Cermin Dipecahkan

nescafeais - 15:34
Apa nak jadi. Nampaknya ibu bapa masih tak serik untuk meninggalkan anak mereka dalam kereta walaupun sudah banyak kes dilaporkan mengenai insiden yang berlaku akibat dari perbuatan itu. Dalam kejadian terbaru, seorang ibu panik apabila anak lelakinya yang ditinggalkan sebentar untuk membeli barang terkunci

Menurut laporan yang tersebar, sebelum itu, wanita berkenaan meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjin hidup dan pendingin hawa terpasang. Sekembalinya dari kedai berhampiran, anaknya didapati tidur dan usaha mengejutkannya gagal walaupun selepas mendapatkan usaha orang ramai mengetuk berkali-kali cermin kenderaan itu.
anak terkunci dalam kereta

Bimbang anaknya mungkin pengsan, orang ramai mencadangkan dipecah saja cermin itu, namun si ibu enggan. Dia kemudian menghubungi rakannya yang kemudian berjaya membuka pintu dengan menggunakan sebatang besi. Anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma tidur mati.

p/s: Nasib baik dalam tempoh menunggu itu anaknya tidak ada apa-apa. Kalau tak…? Nampaknya harga cermin kereta lebih bernilai dari nyawa anak…

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






1 comments:

  1. Mak bangang. Kalau aku jadi bomba tu dah lama aku blah

    ReplyDelete