Seorang penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor yang juga seorang guru dikatakan telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya.
Perbuatan itu menimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialah seorang pendidik.
Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut. Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya ditemui dengan mulut berdarah.
Perbuatan itu juga dikatakan disaksikan oleh seseorang. Sampel ikan telah dihantar kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam masa terdekat.
Memang benar kucing tidak sepatutnya mengotorkan inap desa tersebut namun kucing yang tidak berakal juga ialah makhluk Allah dan binatang kesayangan nabi.
Pelbagai langkah boleh diambil oleh pemilik inap desa tersebut untuk mengelakkan kucing-kucing dari mengotorkan inap desa miliknya namun dia memilih untuk melakukan perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan iaitu meracun kucing-kucing tersebut.
Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa tersebut yang khabarnya tidak takut pada sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadapnya.
Sumber: Dunia Kucing
Kesalahan utama ttap pd pemilik kucing....cikgu pun salah..mcm aku pun pernah berpikir nak racun kucing jiran aku...hehehhe banyak sangat..pastu semuanpakat berak sekeliling umah aku...kencing lg.,mana nak tahan hari hari nak buang tahi kucing tu...marah setakat ni berbuku je....tp sampai bila?????
ReplyDeleteSetuju Sgt..ckp mmg senang...to klu dh umh kits hari2 kucing berak sapa leh sabar? Sebagai. Pemilik inap desa kebersihan inap amat printing...klu penyewa hari2 cium..pijak tahi kucing..benganglah! Pmilik kucing pon satu bela sampai berbelas ekor..buatlah mini zoo kat blakang umh...pagar/sangkar jgn bagi kucing mrayap keumah org n buang tahi.....
DeleteKesalahan utama kpada pemilik kucing....cikgu tuh seharusnya berbincang dgn tuan2 kucing ...tak wajar lah sampai nak meracun....ingatlah tuan2 kucing klu kucing kita berak depan umah jiran kita ...itu dah dikira sakiti hati jiran....membela kucing itu pahala ...sakiti hati jiran itu dosa
ReplyDeleteKejamnyala.. Walau pun x suka kenala cari penyelesaian yang lebih efektif, berkesan. Bukan jalan mudah racun binatang tu.. Sebagai pendidik, tunjukkan cara sebagai seorg pendidik, bukan cara PENYANGAK..Walaupun binatang, Allah yang bg nyawa kepada binatang tersebut untuk hidup di dunia ni untuk tujuan tertentu.. Kalu mcm tu, x ubah mcm kita bunuh org.. Balasannya x pyah tunggu akhirat, kt dunia je dah kena dah... Wait n see Allah maha Besar...
ReplyDeleteDia duduk area kampung. Pemilk kucing nak dipersalahkan kenapa... nak suruh mereka kurung kucing tu semata2 sebab manusia zalim pentingkan diri mcmni? Sekat kebebasan kucing demi beralah dengan manusia yg tak boleh berkongsi bumi Allah? Ini cuma kucing. Cikgu ni mengajar anak2 orang. Hatinya busuk zalim tiada perikemanusiaan. Harapnya cikgu ni tidak membiak agar tiada generasi zalim dan selfish. Andai kucing tu manusia dia takkan berak merata. Cikgu tu manusia. Orang islam pulak tu. Membunuh kucing tak berdosa tu pasal taik? Esok dlm kubur mmg kene belasah lah berjuta2 tahun dlm neraka.
ReplyDeleteSalam admin Buletin Terkini Online,
ReplyDeleteSaya mohon bantuan admin untuk edit di bahagian nama sekolah di pic print screen yang diletakkan atau boleh remove pic tersebut. Guru tersebut pernah mengajar di Sek Men Dato Bentara Dalam tapi kini sudah bertukar ke Sek Men Seg Hwa. Maaf atas ketidaktepatan info & TQ kerana prihatin dengan isu ini.