Show Mobile Navigation

Thursday 13 February 2014

McDonald's Mula Kenakan Caj Tambahan 50 sen Untuk Setiap Isian Semula Air Berkarbonat

nescafeais - 08:29

Bagi mereka yang gemar melepak dan menghabiskan di Mc'Donald, mungkin selepas ini anda perlu mencari tempat lepak yang lain. Ini kerana McDonald telah mula mengenakan caj tambahan sebanyak 50 sen bagi setiap refill atau isian semula minuman berkarbonat mereka.

Kebiasaannya mereka yang melepak di McD ni adalah golongan muda yang singgah untuk menggunakan wifi percuma sehingga berjam-jam lamanya. Kebiasaanya Mc'Donald membuka kedai makanan mereka selama 24jam dan ini juga mendorong kepada para pengguna wifi percuma ini untuk melepak sampai ke subuh.

Adakalanya, pelanggan yang yang baru datang terpaksa melupakan hasrat untuk makan di restoran berkenaan kerana tiadanya tempat kosong untuk mereka. Justeru, perlaksanaan baru oleh Mc'Donald ini ada baiknya juga.

Di Pulau Pinang pula kedai makanan menggenakan mereka mengenakan caj khas bagi mereka yang hanya duduk saja di meja makan tanpa memesan sebarang makanan. - My Media Hub 

SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment