Show Mobile Navigation

Friday, 17 January 2014

4 Gambar Misteri Penemuan Mayat Dalam Parit Di Grace Court Sembulan, Kota Kinabalu Terjawab

nescafeais - 11:48


KOTA KINABALU: Misteri kehilangan seorang pemandu Perodua Viva yang terlibat dalam satu insiden kemalangan berhampiran lampu trafik Sutera Harbour, di sini, pada Selasa lepas akhirnya terjawab dengan penemuan mayat berulat dalam keadaan terlentang di parit Grace Court, Jalan Coastal, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Nelson Thien Hua Keong, 33, ditemui dalam parit sedalam dua meter oleh pekerja memasang kabel di lokasi itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis kira-kira jam 11 pagi.

Dikatakan mangsa terlibat dalam kemalangan pada Selasa lepas kira-kira jam 2 pagi dengan memandu kenderaan berkenaan bersama seorang rakannya dan tidak ditemui sejak insiden terbabit.


Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, mangsa dilaporkan hilang sejak insiden kemalangan itu dan usaha pencarian oleh keluarga mangsa turut dilakukan termasuk memeriksa senarai pendaftaran pesakit di hospital-hospital sekitar kawasan Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui di dalam parit berkenaan dan identitinya turut disahkan melalui proses pengecaman oleh ahli keluarga di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi bedah siasat serta tuntutan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sukar dikesan berikutan faktor hujan lebat dan banjir di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu tempoh hari.

Jauteh berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk tampil segera membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BorneoPost

Sumber ganbar:- Blogbahni



SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment