SHAH ALAM 28 Jan. – Polis telah mengenal pasti pasangan yang 
mendekati penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah dan 
menawarkan untuk menukar Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) mereka dengan 
tunai. 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, 
polis juga mengenal pasti dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang 
dipercayai melakukan perkara serupa.
"Polis kini menyiasat universiti tempatan iaitu Universiti Malaya 
(UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung dakwaan terdapat 
beberapa pihak yang mengiklankan melalui Internet meminta penuntut 
menjual atau melelong baucar buku mereka yang bernilai RM200 untuk 
mendapat tunai segera.
"Ketika ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan
 bagi kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang,” katanya kepada 
pemberita selepas melancarkan majalah ”Auto Maskulin” di Kompleks 
Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan 
Belanjawan 2012 tahun lepas, mengumumkan kerajaan akan memberi baucar 
buku RM200 kepada semua penuntut Malaysia di institusi pengajian tinggi 
awam dan swasta serta pelajar matrikulasi atau Tingkatan Enam, dan ia 
tidak boleh ditukar dengan tunai. – BERNAMA
 

 
 
 
 
 
 


0 comments:
Post a Comment