Show Mobile Navigation

Sunday, 22 January 2012

Ikan Spesies Pelik Ditemui Penoreh Getah Di Kuala Berang

Unknown - 13:18


KUALA BERANG – Penduduk Kampung Machang di sini gempar apa bila bubu ditahan seorang penoreh getah di Sungai Machang minggu lalu, dimasuki seekor ikan daripada spesies yang tidak dikenali.

Sejak itu, rumah Wahab Awang Ahmad, 53, tidak putus-putus dikunjungi mereka yang mahu melihat ikan itu yang kini dipelihara di dalam akuarium di rumahnya. Menurut Wahab, badan ikan berkenaan seperti tiga jenis ikan berlainan.

“Jika diamati, kepala ikan ini menyerupai ikan haruan, separuh badannya pula seperti belut berwarna kekuningan di bahagian perutnya, manakala separuh badan lagi hingga ke hujung ekornya seperti ikan keli,” katanya.

Sekali imbas, ikan itu hampir menyerupai spesies ikan tilan namun kata Wahab, yang membezakannya ialah kepala atau mulut ikan itu tidak pula berbentuk tirus atau runcing seperti ikan tilan ataupun belut.

“Manakala di bahagian badannya juga tidak terdapat duri atau sengat,” katanya. Wahab berkata, sejak ditemui sehingga sekarang, badan ikan itu kelihatan makin berisi. “Itulah yang peliknya.

Saya sudah beri macam-macam jenis makanan ikan untuk ia makan tetapi langsung tidak berkurangan. Udang dan anak ikan yang saya beri langsung tidak dimakan,” katanya.

Wahab berkata, dia sendiri masih tidak tahu apa yang dimakan ikan spesies luar biasa itu yang menyebabkannya kelihatan semakin gemuk. Namun katanya, bagi dirinya sendiri dan keluarga, tiada pula berlaku apa-apa kejadian yang ganjil melibatkan mereka sejak dia bawa ikan yang panjangnya 90 sentimeter itu pulang ke rumah.

Menceritakan penemuan ikan pelik tersebut, kata Wahab, dia bersama anaknya, Zawawi, 26 turun ke Sungai Machang untuk mengambil bubu yang diletakkan sehari sebelumnya, kira-kira jam 8.30 pagi seminggu lalu.

Ketika mengangkat bubu berkenaan, dia mendapati salah seekor ikan yang ada di dalamnya itu kelihatan pelik.

“Pada mulanya kami ingatkan belut, tetapi apabila diperhatikan secara dekat bersama anak saya ini, rupa-rupanya bukan belut tetapi tidak dapat dikenal pasti.

“Kami kemudian memutuskan untuk membawanya pulang bersama ikan keli, puyu, sepat yang turut berada dalam bubu,” katanya. Kata Wahab, sepanjang hayatnya, dia tidak pernah melihat ikan seperti itu dan begitu juga dengan penduduk sekitar.








































SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment