Show Mobile Navigation

Friday, 30 May 2014

,

Gambar Anggota Polis Letak Kaki Atas Hajarul Aswad Undang Kemarahan

nescafeais - 08:27


RIYADH 28 Mei - Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abdullah marah terhadap gelagat seorang anggota polis yang meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, di sini baru-baru ini.

Menurut laman web arabnew,com, gabenor itu menggesa Ketua Polis Mekah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan atas perbuatannya itu.

Perbuatan anggota polis tersebut yang meletakkan kakinya di kawasan Hajar Aswad itu tersebar luas di media sosial.

Putera Mishaal mengarahkan ketua polis supaya mengadakan kempen kesedaran khas kepada anggota keselamatan, tentera dan pegawai awam yang bekerja di kedua-dua masjid suci (Masjidil Haram dan Masjid Nabi) bagi menghormati kesucian di kawasan sekitar kedua-dua masjid itu serta berurusan dengan jemaah secara sopan.

Beberapa orang penulis blog Arab Saudi, mengutuk tindakan anggota polis itu dengan berkata, seseorang yang tidak menghormati tempat-tempat suci tidak harus dilantik bagi menguatkuasakan undang-undang dan berkawal di tempat suci.

Seorang lagi penulis blog yang merupakan seorang pelajar di United Kingdom di bawah Program Biasiswa Luar Negeri, Raja Abdullah, menggesa pegawai-pegawai keselamatan supaya mempelajari daripada pengawal diraja Britain yang sanggup berdiri beberapa jam seperti berhala.

"Kita perlu mempunyai satu pasukan khas untuk berkawal di kedua-dua masjid suci yang mempunyai kecerdasan fizikal dan memakai uniform tentera terutama yang direka khas untuk disesuaikan dengan tempat suci," katanya.

Beliau berkata, anggota polis yang bertugas di kedua-dua masjid itu juga perlu diberikan latihan khas untuk menangani jemaah secara sopan.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment