Show Mobile Navigation

Thursday, 20 February 2014

SAYU: Warkah Permohonan Maaf Daripada Ammar Buat Ibu

nescafeais - 08:43



Macam-macam s=pekulasi yang timbul berikutan kes pasangan Malaysia pukul anak di Sweden, ada yang menyebelahi pasangan ini, ada pula yang mendakwa pasangan ini benar-benar mendera anak mereka. 

Dan sekarang tersebar pula surat permohonan maaf Ammar, anak bongsu pasangan ini. BACA:-
 
Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang terutamanya Shalwati Norshal. Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.

Pegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.


Warkah Maaf daripada Ammar buat Ibu

” Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “ 
– Ammar ( anak kedua pasangan itu )

Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.


Rakaman Video Ammar kepada Polis

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka.

Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.

"Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah," kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).

Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapak kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir dan suaminya menundukkan kepalanya.

Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya.

Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia 'layak dipukul' kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.

Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri.

Perbicaraan disambung pada Khamis.


Keadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden


Dakwaan

Pegawai pendakwaan,  Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati , bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani untuk memukul anak mereka. Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul , termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.


Gantirugi

Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu. Selepas rehat waktu tengah hari, mahkamah telah ditunjukkan tiga klip video Arif sedang ditemuramah oleh seorang polis wanita .


Nasi sudah menjadi bubur

Seperti peribahasa di atas, kes ini semuanya bermula daripada pertembungan budaya serta sikap anak-anak yang sering memberontak. Seperti semuanya sudah terlambat untuk Ammar mengakui kesilapannya. Apapun, kita doakan pasangan Malaysia, Puan Shalwati dan En. Azizul dilepaskan daripada semua pertuduhan. Semoga kes ini menjadi iktibar kepada setiap keluarga di negara ini. -TTO Sumber I, II
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






5 comments:

  1. Berjaya mndpt keje yg baik cth lawyer. .Petronas ke..x mnjnjikn kejayaan diakhirat...

    ReplyDelete
  2. saya pernah dipukul kerana x nak pegi mengaji Al Quran...Alhamdulillah saya sgt bersyukur kepada ibu saya kerana saya dapat membaca Al Quran berbanding suami sendiri...sekarang saya akan membimbing suami untuk mengaji....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sebb sy kuat memberontak mama saya penat marah dan pukul terus tak tegur saya pegi mengaji. dan sekarang saya xpandai mengaji, rasa kosong je hidup.

      Delete
  3. Teringat masa kecik dulu. arwah abah memang garang giler. bukan kepada aku seorang. tapi semua adik beradik. arwah abah akan pukul kami gunakan apa saja yang tercapai olehnya. tak kira sama ada rotan, batang ubi, waima batang cangkul sekalipun pernah hinggap di belakang tubuh kami. kenapa abah pukul? dia pukul bukan sebab benci, tapi sebab kami nakal dan pukulan itulah yang telah mendidik kami. Terima Kasih abah sebab memukul kami dan disebabkan pukulan abah itulah yang menjadikan kami manusia yang berjaya....

    ReplyDelete
  4. Rasulullah SAW mengajar kita mendidik anak2 dengan kelembutan. Bukan dgn kekasaran.
    kalau anak2 biadap dan kasar kpd ibubapa..
    cuba renungi balik apakah yg menjadi puncanya?
    Adakah kita bersujud kpd Allah mohon petunjuk?
    Dan pernahkah kita berdoa utk anak2 dlm setiap sujud akhir setiap solat?
    Kenapa mudah menyalahkan anak2?
    Sedarkah kita bhw karenah anak2 adalah cermin gambaran ibubapa sebenarnya.

    ReplyDelete