Show Mobile Navigation
ISU SEMASA
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Resit Restoran Caj RM1415 Untuk Hidangan Patin Dan Kelah, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

nescafeais - 10:17


Kuantan: “Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh.

“Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan,” kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal.

Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau.

Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui.


Haris menunjukkan ikan kelah merah yang berharga RM200.

Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000.

“Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut. - Hmetro

Wednesday, 26 February 2014

Video Pekerja Bank ketawakan Perompak Yang Hanya Bersenjatakan Parang

nescafeais - 10:38


Jika anda seorang kakitangan bank dan berhadapan dengan seorang perompak bersenjatakan pemotong daging.

Sudah pasti anda akan terkejut dan takut apabila berada dalam situasi itu.

Namun, di sebuah bank di Shanghai, kakitangan wanita bank tersebut itu tidak menunjukkan sebarang rasa takut, malah sempat menoleh ke arah rakannya yang berada di belakang dan ketawa.

Mungkin dia berkata,” Perompak ini ingat dia boleh merompak bank ini agaknya!”.

Seorang pelanggan wanita yang sedang berurusan di kaunter segera beredar apabila melihat kehadiran perompak itu.

Beberapa ketika kemudian, dua pengawal keselamatan menghampiri lelaki berkenaan dan menumbangkannya dengan begitu mudah sekali.

Ternyata kakitangan wanita tersebut sudah boleh menduga ‘kebodohan’ perompak itu yang datang berseorangan dan dalam keadaan tidak bersedia.

Lagi pun, dia dan perompak tersebut dipisahkan oleh cermin kaca, jadi apa yang perlu ditakutkannya. Tak gitu?

Friday, 21 February 2014

Penyelidik Dedah Kajiannya Mengenai Penipuan Produk Double Stemcell

nescafeais - 11:51
 sumber gambar:- Berita Semasa

Semakin ramai orang mempromosikan produk Double Stemcell di Facebook, blog, Twitter dan dimana-mana saja asalkan bisnes berkembang maju dan poket penuh. Tidak salah, tetapi keraguan mula timbul apabila produk Double Stemcell didapati tidak memiliki sijil halal yang sah dari JAKIM hasil pendedahan oleh wartawan TV3, Mazidul.

Terbaru, penyelidik stem cell pula tampil membongkarkan penipuan produk DSC yang didakwa menipu ramai orang. Baca pendedahan beliau di bawah:

Assalam,


Saya sebagai seorang penyelidik human stem cells, ingin bertanya kepada upline & downline double stemcells (DCS) ni.

1. Apakah definisi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape? Sebagai contoh, saya determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sebagai sel yang mmpunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah.

Ataupun contoh lain, sel yang mmpunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sebagai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia.

Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ.

Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut kalau selepas ini ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) tuh pun ada stem cell.

Kalau tiada definisi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup & aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?

2. Stem cell manusia pun, bila nak guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) kat penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yang dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction.

Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kepada manusia. So, apatah lagi plant stem cell. Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan seperti apple & grape hanya berkesan untuk regenerate tissue kat pokok apple & grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke & diabetes ke???




Pusat Kajian En. Ibrahim Abd Aziz di Jepun

3. Kesan "epigenetic"?? Pulak dah. "plant stem cell mempunyai epigenetic yang menyerupai adult human stemcell"?

Boleh bagitau tak research article lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli tuh explain pasal kesan"epigenetic" stem cell apple & grape nih?

Mengikut bacaan saya di dalam research article pd journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) takde pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape.

Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explaination pada statement #1 di atas, memang tak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.

4. Kalau betul plant stem cell daripada apple & grape nih boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli tuh boleh dapat Nobel Prize laa nanti.

"Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck"

Saya tiada ada apa-apa kepentingan di sini, sekadar ingin berkongsi ilmu yang dipinjamkanNya. Akhir sekali, tepuk dahi tanya kepala masing-masing.

Wassalam.

Oleh: Ibrahim Abd Aziz

(Pengkaji Stem Cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun.)

P/S: mengeluarkan pendapat seperti ini bukan berniat untuk menutup sumber pendapatan MLM semua. Cuma, sedarlah jangan menipu atau tertipu disebabkan "taksub" tanpa usul periksa.

Wednesday, 19 February 2014

Lagi Pendedahan Bukti Pengetua Pusat Tahfiz Perhamba Kanak-Kanak Minta Derma

nescafeais - 11:51



Tidak sampai satu jam perkongsian pendedahan mengenai Pengetua Pusat Tahfiz Amal yang mempergunakan kanak-kanak mengaut keuntungan melalui derma didedahkan, ada pula suara-suara sumbang atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior mendakwa maklumat yang didedahkan My Media Hub berunsurkan fitnah. Sedangkan di penghujung post bertajuk  Pengetua "Pusat Tahfiz Amal" enjoy sakan dikala kanak-kanak pungut derma (Wajib Baca) ada diselitkan sumber (url) maklumat tersebut.

Terima kasih kepada keyboard warrior tersebut. Apa yang menariknya, dakwaan mengenai pengetua pusat tahfiz berkenaan bukanlah fitnah semata-mata. Perkara itu terbukti benar apabila blogger yang juga seorang wartawan Media Prima yang terkenal iaitu Mazidul juga pernah mendedahkan perkara yang sama. Baca pendedahan dari Mazidul di bawah:

Ajaran SESAT Azhar Wahab telah difatwakan haram pada 21 September 2004.


Klik di sini untuk membaca butiran lengkap pengharaman ajaran terbabit.

Siapakah AZHAR WAHAB?

Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.


Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.




Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan 'YM Tuan Raja' dan 'Ibni' daripada nama tertera itu.




HASILNYA? ... SM AMIN, atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.

Lihat antara produk dijual oleh remaja Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini.





Pengasas Al-Mansur dan Pusat 'TAHFIZ' Amal ...




Beginilah rupanya ...

Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba?



Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya.

Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor.

Klik page 'Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja', kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia.

Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA.

SUMBER - BLOG BERSAMA MAZIDUL, Kredit My Media Hub

Tuesday, 18 February 2014

ADUN Pas Batu Burok Tweet Kononnya pesawat Air Asia Terhempas Di Putrajaya

nescafeais - 13:18


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 11.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.


Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.

Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.

Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.

@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.

@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.

Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan. SUMBER:- malaysiagazette


Baca: Kemana halatuju Sistem Pendidikan Sekolah? - YDP PIBG

nescafeais - 12:18


Berikut luahan berapi Yang Di Pertua PIBG mengenai  halatuju pendidikan sekolah di Malaysia, Baca:

" .......negara Jepun yang tewas dalam perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat. Begitu juga Korea yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"

Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bahasa Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yang berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi mat salih tu yang pandai cakap melayu! 

Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar berapa kali. Mula-mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula!

Yang terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yang dibelanjakan utk menukar-nukar tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak PPPM, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam-macam lagi... 

Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata-mata...tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru-guru terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan guru dari negara jiran......

Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!

Produk pendidikan kita juga terkial-kial tidak menjadi.....murid-murid semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka....di sekolah, masalah-masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan-peraturan disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....

Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kepada kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! 

Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya untuk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yang memudaratkan!

Itu belum belum kita bicara mengenai VLE FROG,Sistem Pengurusan Sekolah bagi mengantikan Sistem Emis dan APDM...kemana hala tuju masa depan Pendidikan Negara...sama-sama kita nilai...

Oleh: YDP PIGB Kecewa

Monday, 17 February 2014

Video Terlalu Asyik Mencuri, Tak Sedar Dirakam CCTV

nescafeais - 09:10


Kini trend membawa anak-anak bagi mengaburi aktiviti mencuri dalam kedai atau pasaraya kian menjadi-jadi.Pastinya kita menganggap ‘pelanggan’ yang membawa anak-anak merupakan orang ‘baik-baik’ dan tidak mungkin melakukan jenayah

Kejadian terbaru berjaya dirakam CCTV di sebuah farmasi di Bandar Puchong Jaya beberapa hari lalu turut menggunakan modus operandi yang sama.

Melalui rakaman CCTV, dua wanita bersama dua kanak-kanak memasuki farmasi tersebut dan menyamar sebagai pelanggan.

Tidak menyedari dirinya sedang dirakam, salah seorang daripada wanita itu dilihat begitu asyik mencuri.

Dia dilihat membuka kotak beberapa produk tertentu sebelum mengeluarkan kandungannya dan memasukkannya ke dalam beg tangannya.

Bagaimanapun, melalui info yang disertakan, mereka telah menggunakan kad keahlian dengan nama ‘Lee Kim Ha’ dengan nombor kad pengenalan 880101-05-5018.

Memandangkan wajah pencuri tersebut cukup jelas, diharap mereka yang mengenali atau melihat wanita tersebut dapat membuat laporan polis secepat mungkin agar kejadian ini tidak berulang kembali.



(Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign)

Penjelasan Adik Suhada AF: Suhada AF2013 Diperangkap Suspek Utama Curi Basikal ?

nescafeais - 08:51


Berikut penjelasan daripada pihak Suhada AF, bekas Pelajar Akademi Fantasia 2013 mengenai kejadian kes curi basikal kelmarin. BC Krew, profile facebook yang dimiliki oleh Borneo Crew merupakan kumpulan yang dianggotai oleh rakan dan adik Suhada mendedahkan sebenarnya Suhada telah diperguna dan diperangkap oleh suspek utama curi basikal. Baca penjelasan dari pihak Suhada AF:

PAKATAN MENJATUHKAN SUHADA
Harap maklum kes ini masih dalam penyiasatan dan sebarang komen negatif yang tidak berasas akan direkodkan untuk tindakan.

Untuk makluman Suhada Af2013 menjadi mangsa keadaan apabila berada bersama dengan suspek utama iaitu DALANG disebalik kejadian ini yang bernama "BOY KATAK" yang mana mempunyai lebih drpd 4 rekod tangkapan polis.

"BOY KATAK" telah memerangkap dan memperguna Suhada atas sebab dan motif tertentu,yang mana pada awal tahun lepas abang kpd suhada membuat laporan polis terhadap "Boy Katak" kerana mencuri dan membawa lari kereta abg.suhada. dan laporan kali ke dua terhadap "boy katak" kerana membuat kacau dihadapan rumah dibawah pengaruh dadah.

Tuduhan terhadap basikal tersebut adalah tidak benar kerana suhada mampu membeli basikal tersebut dgn harga 10 kali ganda.

Sebelum ini "BOY KATAK" telah ditahan atas tuduhan melarikan wang,syabu,curi kereta dan berkerja dgn along. Kepada sesiapa yg tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kejadian ini diharap tidak tuduh meluluh dan panel peguam telah dilantik bagi pihak suhada.

Sehubungan dengan itu,marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT melindungi suhada.

Oleh: BC CREW

Semoga penjelasan daripada pihak Suhada AF2013 ini sedikit sebanyak akan meredakan sebarang spekulasi dan gosip media hiburan terhadap dirinya. Oleh itu, lebih baik kita mengambil pendekatan tunggu dan lihat perjalanan kes ini. -Sumber: Tengok TV Online

Friday, 14 February 2014

Bayi Kembar Meninggal Kerana Hospital Cuai, Kementerian Kesihatan Tubuh Lembaga Siasatan Perubatan

nescafeais - 11:21
 Rujukan gambar SinarHarian

SEREMBAN: Kementerian Kesihatan Malaysia akan menubuhkan satu pasukan Lembaga Siasatan Perubatan bagi menyiasat dakwaan pasangan suami isteri yang mendakwa kematian bayi kembar mereka bulan lepas berpunca dari kecuaian pihak Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zailan Adnan berkata Lembaga Siasatan Perubatan ini dianggotai pakar perubatan bagi menyiasat dan menyelidik setiap sudut.

“Lembaga Siasatan Perubatan adalah badan bebas yang akan dilantik oleh Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dan terdiri dari Pakar Perunding dalam bidang berkaitan seperti bidang Obsteriks dan Ginekologi, Pediatrik dan Bius.

“Mereka akan dipilih dari Pakar Perunding dari hospital-hospital di luar Negeri Sembilan.

“Ia dipengerusikan oleh Pakar Perunding Obsteriks dan Ginekologi. Setiap anggota yang terlibat dalam pengendalian kes ini akan diambil keterangan mereka dan laporan siasatan tersebut akan di hantar ke Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Siasatan terperinci juga akan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima dari pasangan suami isteri itu.

“Oleh sebab itulah siasatan ini mengambil masa,” kata beliau.

Sementara itu, Zailan berkata keadaan kesihatan ibu terbabit akan diberi perhatian oleh pihak hospital dan klinik mengikut kesesuaian keadaan.

“Sebelum ini Pakar Obstetriks dan Ginekologi HTAN telah pun memanggil keluarga tersebut dan memberi penjelasan mengenai situasi pengendalian kes tersebut,” katanya.

Semalam kahbar melaporkan dakwaan seorang ibu muda Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, dari Kuala Pilah yang mendakwa bayi kembar beliau meninggal dunia akibat kecuaian HTAN ketika beliau mendapatkan rawatan untuk bersalin pada bulan lepas.

Ketika dimasukkan ke bilik bersalin pada 14 Januari, Sharifah Kalsom mendakwa tiada doktor pakar tetapi hanya ada doktor pelatih.

“Saya merayu kepada jururawat bertugas agar mempercepatkan proses kelahiran tetapi doktor memberitahu saya, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter. Ini menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa.

“Selepas itu saya diberikan ubat tahan sakit dan saya terlena,” ujar Sharifah Kalsum.

Sharifah Kalsom turut menjelaskan ketika proses bersalin, ketika bayi pertama dikeluarkan bayinya itu masih hidup tetapi bayi kedua beliau sudah meninggal dunia ketika dikeluarkan seminit kemudian.

“Bayi pertama seberat 2.33 kilogram dan bayi kedua seberat 2.07 kilogram.

“Saya ingatkan bayi pertama saya berjaya diselamatkan, tetapi sekitar pukul 12 tengahari, suami memaklumkan kepada saya, bayi itu juga telah meninggal dunia,” kata Sharifah Kalsum dengan sebak.

Suami kepada Sharifah Kalsum iaitu Muhd Azmi Hashim, 30, pula berkata beliau kecewa dengan sikap kakitangan hospital HTAN sehingga nyawa dua anaknya (kembar) tidak dapat diselamatkan.

Muhd Azmi juga menyatakan kekesalan beliau apabila pihak HTAN masih belum menjelaskan punca kematian anak kembar beliau.  - FreeMalaysiaToday

Rujuk laporan Akhbar Semalam:-Ibu dakwa bayi kembar meninggal kerana hospital cuai 

KUALA PILAH: Seorang ibu muda mendakwa bayi kembar beliau meninggal dunia selepas kecuaian pihak Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah bulan lepas.

Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, mendakwa pada 14 Januari lepas, lebih kurang pukul 2.30 petang, beliau ke HTAN kerana sakit hendak bersalin.

“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi. Dalam bilik bersalin tiada doktor pakar tetapi hanya ada doktor pelatih sahaja.

“Saya merayu kepada jururawat bertugas agar mempercepatkan proses kelahiran tetapi doktor memberitahu saya, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter. Ini menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa.

“Selepas itu saya diberikan ubat tahan sakit dan saya terlena.

“Keesokkan harinya sekali lagi saya memanggil jururawat kerana berasa seperti hendak bersalin.

“Saya sudah tidak larat untuk menahan sakit tetapi jururawat menjawab dengan kurang sopan malah seperti memerli saya, “ kata Sharifah Kalsum.

Sharifah Kalsum turut mendakwa pada 16 Januari antara jam 6.30 petang hingga 7.00 malam,  dia dikejutkan oleh seorang jururawat untuk melakukan pemeriksaan cardiotopograph atau CTG untuk mengesan kadar degupan jantung bayi.

`Degupan jantung’

“Ketika pemeriksaan CTG, saya mendengar degupan jantung sebelah kanan, manakala sebelah kiri pula tiada.

“Jururawat tersebut tidak memaklumkan apa-apa sehingga seorang doktor memeriksa saya pada pukul 7.30 pagi.

“Apabila doktor periksa sekali lagi selepas kira-kira 15 minit kemudian, degupan jantung bayi kiri tiada dan menyebabkan doktor meminta saya ke bilik bersalin lebih kurang pukul 8.30 pagi.

“Dalam keadaan panik, seorang doktor meminta pembedahan kecemasan dilakukan segera bagi menyelamatkan bayi saya,” katanya lagi.

Sharifah Kalsom menjelaskan lebih kurang pukul 10.05 pagi, bayi pertama dikeluarkan dan masih hidup tetapi bayi kedua yang dikeluarkan seminit kemudian sudah meninggal dunia.

“Bayi pertama seberat 2.33 kilogram dan bayi kedua 2.07 kilogram.

“Saya ingatkan bayi pertama saya berjaya diselamatkan, tetapi sekitar pukul 12 tengahari, suami memaklumkan kepada saya, bayi itu juga telah meninggal dunia,” kata Sharifah Kalsum dengan sebak.

Suami kepada Sharifah Kalsum iaitu Muhd Azmi Hashim, 30, berkata beliau kecewa dengan sikap kakitangan hospital HTAN sehingga nyawa dua anaknya (kembar) tidak dapat diselamatkan.

“Saya juga kesal kerana pihak HTAN masih belum menjelaskan punca kematian anak kembar saya.

“Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian bayi kembar saya. Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Melang,” katanya.

Thursday, 13 February 2014

McDonald's Mula Kenakan Caj Tambahan 50 sen Untuk Setiap Isian Semula Air Berkarbonat

nescafeais - 08:29

Bagi mereka yang gemar melepak dan menghabiskan di Mc'Donald, mungkin selepas ini anda perlu mencari tempat lepak yang lain. Ini kerana McDonald telah mula mengenakan caj tambahan sebanyak 50 sen bagi setiap refill atau isian semula minuman berkarbonat mereka.

Kebiasaannya mereka yang melepak di McD ni adalah golongan muda yang singgah untuk menggunakan wifi percuma sehingga berjam-jam lamanya. Kebiasaanya Mc'Donald membuka kedai makanan mereka selama 24jam dan ini juga mendorong kepada para pengguna wifi percuma ini untuk melepak sampai ke subuh.

Adakalanya, pelanggan yang yang baru datang terpaksa melupakan hasrat untuk makan di restoran berkenaan kerana tiadanya tempat kosong untuk mereka. Justeru, perlaksanaan baru oleh Mc'Donald ini ada baiknya juga.

Di Pulau Pinang pula kedai makanan menggenakan mereka mengenakan caj khas bagi mereka yang hanya duduk saja di meja makan tanpa memesan sebarang makanan. - My Media Hub 

Wednesday, 12 February 2014

Ngeri: Pengalaman Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda

nescafeais - 10:07

Pasti ramai yang mengetahui misteri dan kisah pelik yang sering berlaku di segitiga bermuda. Kali ini, dikongsikan kisah misteri yang dialami sendiri oleh rakyat Malaysia yang merupakan seoranf Krew sebuah kapal kargo milik malaysia. Baca kisah beliau:-

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia.

Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? kata bahtiar. "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul. Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.



Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda.

bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani. "ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .



Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. '' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami seperti gelombang magnetik dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan .. ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. dan sekali gus didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri dimana perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik. perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang Maha Esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR.. wassalam...

Oleh: Seladangz Selamanya (Wujud Paranormal Team)

Monday, 10 February 2014

Stacy AF Sahkan Dia Dijangkiti Virus H1N1

nescafeais - 12:43

Jabatan Kesihatan Sabah telah mengesan 8 kes Influenza A (H1N1) di negeri tersebut pada Isnin lepas,

Penyanyi kelahiran Sabah, Stacy AF turut dijangiti virus tersebut.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Stacy mengumumkan malam tadi dia turut terkena jangkitan virus Influenza A H1N1.




Beliau turut memuatnaik simpton Influenza A iaitu demam, selesema, sakit tekak, cirit birit, batuk, kurang selera makan, muntah dan loya.

Berita mengejutkan ini membuatkan para peminatnya bimbang namun Stacy memujuk mereka agar tidak risau kerana ia masih boleh diubati.

Penyanyi itu kini berada di Kota Kinabalu dan dipercayai akan berehat di sana sehingga sembuh.

Influenza A H1N1 atau wabak selesema burung boleh menular menjadi pandemik jika tidak dikawal.

Bagi mencegah jangkitan ini, berikut beberapa langkah mudah bagi mencegah penularan virus pembunuh ini iaitu dengan mengekalkan tahap kesihatan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitiser serta mengamalkan adab batuk yang baik. -

Sunday, 9 February 2014

2 Gambar Balai Polis Bukit Mertajam Rosak Teruk Dibaling BOM!!

nescafeais - 11:20


Bahagian hadapan Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam rosak dibaling bahan letupan pada pukul 4.50 pagi semalam.

Pagi ini jam 4.50 satu letupan telah berlaku dibalai polis bukit tengah dipercayai perbuatan khianat dimana kesan letupan tersebut telah menggegarkan balai mengakibatkan pintu cermin hadapan telah pecah.

Bahan letupan dipercayai mercun berkuasa tinggi.

2 anggota di kaunter pertanyaan tidak cedera, manakala dua anggota lagi sedang melakukan rondaan di kawasan belakang balai ketika kejadian.


Sumber Facebook Saya Sayang Tun Dr. Mahathir

Friday, 7 February 2014

Cerita Sebenar Dakwaan Guru Dipotong Tangan Kerana Pulas Telinga Murid

nescafeais - 09:52


Kejadian bukan berlaku di Sabah dan bukan kerana cikgu dipotong tangan kerana memulas telinga murid. Berikut cerita sebenar kejadian yang berlaku.

Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman,mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin.

Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak Rm 300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah.


Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri.


Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil.


Menurut doktor, Kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat atau senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki.


 Sumber Gambar - DTR FB Group

 

Adik Nursyafiqah Bukan Mati Dirogol Tapi Dipijak Bagi Mengeluarkan Pil Kuda

nescafeais - 09:32
sumber gambar kosmo

Masih ingat arwah adik Nursyafiqah Abdullah yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu?

Kini, tersebar di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah yang baru berusia 2 tahun.




Menurut status facebook tersebut, Sangkaan selama ini yang menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa telan oleh pembunuh sebelum kematiannya.

Menurut status berkenaan, perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya syaitan bertopengkan manusia. MYNEWSHUB

Thursday, 6 February 2014

Keluhan Kastam Malaysia - Jangan Abaikan Kami

nescafeais - 10:32

Jika sebelum ini, para Jururawat mengeluh dengan bebanan kerja yang tinggi tapi mendapat habuan gaji yang rendah, (rujuk sini:aduan kerja jururawat malaysia gaji sedikit kerja banyak ).

Namun, adakah perkhidmatan para jururawat ini  memuaskan hati pesakit?..sehingga ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan Jururawat Kerajaan Pelacur murahan (rujuk artikel:- lelaki gelar jururawat kerajaan macam pelacur murahan)

Kali ni Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula mengeluh dengan bayaran gaji yang tidak setimpal demgan bebanan kerja mereka.

Baca luahan di bawah:-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import dan eksport Negara.

JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat, iaitu ; Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.

Apa yg ingin kami highlightkan disini ialah tugas-tugas Kastam yg tidak kurang pentingnya terhadap Negara. Kalau pasukan-pasukan keamanan yang lain memikul senjata bagi menumpaskan musuh dalam melaksanakan tugas, Jabatan ini pula hanya berbekalkan semangat yang jitu dalam menjalankan tugas mereka. Kami menerima rungutan dari pegawai serta anggota Kastam ini sendiri yang merasakan mereka jauh ketinggalan dalam skim gaji.

Diakatakan staff yg baru masuk bertiugas, cuma menerima gaji rm1 mahal dari kerani baru masuk.  Bahagian pguatkuasaan pula cuma diberi elaun rm300 untuk mengalas tugas membenteras penyeludupan yang tak kenal siang dan malam, sedangkan jpj, kpdnkk,  bahagian penguatkuasaan ini dberi elaun dan dibayar OT.

“ Kami tidak pernah mengharap simpati apatah lagi ganjaran ... jika yg disana selalu dinaikan gaji, dinaikan gred, diberi skim baru, dikatakan kerja terbeban dgn aktiviti lain, diberi pelbagai working tool, diberi bonus setiap tahun … kami disini tetap memegang amanah Negara tanpa apa-apa” rungut mereka.

“ Jadi dengan gambaran ini diharap ada mata yg memandang tugas kami serta dapat mempertimbangkan imbuhan-imbuhan yg selayaknya buat kami. Jangan hanya keluar gambar pegawai kastam yg smart berkot di airpot” keluh mereka.
Apa pendapat anda?semoga luahan ini diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Wednesday, 5 February 2014

Tariff Baru Insurans Kenderaan 2014

nescafeais - 09:20




Akhirnya berita yang di tunggu tiba, berita tentang ura-ura kenaikan Insurans Kenderaan Naik Sebanyak 15% bermula Februari 2014 kini menjadi kenyataan. BNM akhirnya meluluskan pelarasan kadar baru insurans kenderaan.

Kerugian 10,20 syarikat insurans di Malaysia ni dia ambik berat sangat, ni yang rugi 10,20 juta rakyat Malaysia yang terpaksa bayar lebih untuk menamping kerugian diorang ni sapa nak amik tahu?

Apapeun semak laporan di bawah:- 

KUALA LUMPUR 4 Feb -Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.

Di dalam notis tersebut, PIAM perlu memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada lebih 30 pemain industri insurans mengikut kadar premium terbaharu itu bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan pelarasan tersebut.

Pada 2011, BNM telah meluluskan pelarasan kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.

Menurut bank pusat itu, pelarasan tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan membabitkan jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012.

Institut Automotif Malaysia (MAI) sebelum ini meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu tahun ini bakal mencapai 670,000 unit.

Perkembangan ini dilihat memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.

Lelaki Gelar Jururawat Kerajaan Macam Pelacur Murahan

nescafeais - 08:49



Seorang pemilik nama akaun Facebook Ryutaro Ken telah memuatnaik status yang cukup kontroversi apabila menggelar jururawat hospital kerajaan sebagai pelacur murahan.

Gelaran itu ditulis dalam satu kenyataan di Facebook beliau ketika dia cuba membandingkan khidmat layanan jururawat hospital kerajaan dan klinik swasta.
 

Berkut caption yang di tulis Ryutaro Ken dalam komen di Facebooknya:

“Swasta memang la best layanan dia sebab tu la mahal. Kalau kerajaan ni kan murah, so layanan macam pelacurr murahan. Semua staff-staff nurse kerajaan ini memang dah macam pelacurr murahan!!”

Apa kata para jururawat semua?

Tuesday, 4 February 2014

Insurans Kenderaan Naik Sebanyak 15% Februari 2014

nescafeais - 11:01

Insurans Kenderaan Kereta dan Motor naik Februari 2014. berita kenaikan insurans kenderaan ni memang tak disebut dalam berita, tetapi dijangka tidak lama lagi harga insurans kenderaan akan naik sebanyak 15% bermula 15 Februari 2014 ini menurut sumber daripada kalangan kakitangan syarikat insurans sendiri.


Notis Kenaikan Insurans KenderaanNaik Februari 2014




Menurut laporan akhbar pada 25 Feb 2011, insurans kenderaan dikatakan akan meningkat secara berperingkat bermula pada tahun 2012 hingga 2015, ianya sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans. Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai kenaikan harga insurans kenderaan bermotor pada 25 Feb 2011.



   
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Insurans kenderaan bermotor akan meningkat secara berperingkat, bermula tahun hadapan hingga 2015 dalam usaha mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil.

“Penstrukturan ini juga akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kata Abu Hassan Alshari, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun.

 “Bagi kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insurans pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.

“Pemandu yang kurang risiko kemalangan atau tidak pernah merekodkan kemalangan akan dikenakan kenaikan kadar insurans yang lebih rendah berbanding yang kerap mengalami kemalangan,” jelasnya.

Tambah beliau, kajian dibuat keatas kedua-dua jenis kenderaan berkenaan terlebih dahulu kerana 70 hingga 80 peratus kenderaan di Malaysia berada dalam kelas berkenaan.

Selain itu, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan itu juga akan mengurangkan tempoh pembayaran pampasan daripada tiga hingga lima tahun kepada 18 bulan sahaja berikutan penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC).

 Katanya, jawatankuasa tersebut akan membincangkan isu berbangkit dan membentuk rangka kerja yang komprehensif untuk kebaikan bersama.
Mengulas lanjut, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan tersebut terpaksa dibuat kerana syarikat insurans mencatat kerugian yang besar dalam bahagian motor dan jika tidak dikawal ini akan menyebabkan industri berkenaan merudum dan akhirnya memberi impak kepada pengguna.

“Perangkaan 2009/2010 menunjukkan perniagaan insurans motor mencatat kerugian RM650 juta disebabkan tuntutan pampasan kecederaan kemalangan yang sangat tinggi,” jelasnya.

“Bagaimanapun penstrukturan semula ini masih di peringkat perbincangan dengan pihak yang terlibat. BNM akan mengumumkan skim insurans terbaharu tersebut selepas kajian lengkap dibuat,” katanya.

 Sementara itu, beliau memberitahu, JWC akan dianggotai oleh pihak yang terlibat dalam proses pembayaran insurans iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Majlis Peguam, Badan Kehakiman, industri insurans dan takaful serta persatuan penguna dan pengangkutan.

Abu Hassan Alshari berkata, setiap anggota JWC akan menghantar rekod kerja kepada Majlis Ekonomi dan jika ada sebarang kelewatan atau masalah laporan ia perlu dinyatakan.

“Langkah ini akan meningkatkan keupayaan dan kepantasan proses tuntutan insurans negara dan mengurangkan kerenah birokrasi yang banyak membebankan rakyat,” ujarnya.
Jadi, dinasihatkan kepada kalangan pembaca yang mana cukai jalan (roadtax) kenderaan yang mati sebelum 14 Mei 2014 boleh perbaharuinya semula dengan segera untuk mengelakkan kerugian.

Dengan kenaikan insurans naik sehingga 15%, agak tinggi juga perbezaan untuk perbelanjaan anda kelak. Walaubagaimanapun pilihan ditangan korang. 

Apa kata korang dengan berita kenaikan insurans kenderaan 15% kali ini?

Monday, 3 February 2014

E-Sedekah: Al-Quran Elektronik Di Tanah Perkuburan Untuk Sedekah Kepada Si Mati??

nescafeais - 14:35


Bisnes macam ni pun boleh?
 
Mengapa tidak dipasang sahaja sebuah radio besar untuk kegunaan semua "Ahlil Kubur" yang ada. Boleh share-share bayar. 

- Air jampi quran ubat penyakit
- Madu lebah yang dibacakan quran 30 juzuk.
- Cendawan dari anai-anai yang telah didengarkan quran
- Bacaan quran untuk Si Mati di kuburan

Semua pasal bisnes. Semua nak mudah, semua nak untung cepat, Hinggakan nak sedekahkan AL-FATIHAH untuk si mati pun nak pakai alat elektronik.
 

Nak sedekah pahala dengan doa kat ibu bapa tapi malas nak tadah tangan utk berdoa. Anak yang soleh bukan boleh dibeli dengan duit woii...

Sampai diciptakan pulak Inovasi baru e-Sedekah di mana sebuah Al-Quran Elektronik di letak di tanah perkuburan Rujuk laporan di bawah:-



BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Bersedekah mempunyai banyak cara, bukan saja melalui dari perbuatan bahkan melalui Inovasi baru e-Sedekah di mana sebuah Al-Quran Elektronik telah di tempat di Tanah Perkuburan Islam Pulaie sebagai salah satu cara sedekah secara tidak langsung.

Haji Jefri bin Haji Suhaili, Pemilik Syarikat SOD Engineering dan pencipta e-Sedekah berkata, beliau memasang e-Sedekah (Al-Quran Elektronik) berkenaan sebenarnya untuk ibu beliau yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini, sekali gus untuk saudara-saudara yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulaie.


e-Sedekah Al-Quran Elektronik menggunakan tenaga solar itu merupakan hasil ciptaan beliau dan ia mampu berfungsi selama sepanjang masa dan membacakan 30 juzuk setiap hari.

“Sebelum ini ramai tertanya-tanya akan benda yang saya letakkan di tanah perkuburan dan saya juga ada menerima berita yang kurang senang dari orang ramai. Namun inikan perbuatan yang mulia dan langsung tidak melanggar akidah Islam,” ujarnya .

Menurut Haji Jefri, setakat ini, Bahagian Perkuburan, Pusat Dakwah Islamiah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama pernah menghubunginya dan mereka tidak ada halangan apa-apa untuk beliau meneruskan usahanya itu.

“InsyaAllah jika keadaan mengizinkan, e-Sedekah akan saya tempatkan lagi di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Residency, BSB,” katanya sambil menjelaskan bahawa usahanya itu adalah sebagai menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.
 


Previous
UTAMA