Friday, 30 May 2014
Suspek Kes Kelar Leher Kanak-kanak Hingga Putus Dipercayai Telah Lemas
nescafeais - 14:01KUALA LUMPUR: Suspek pembunuhan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dikelar di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin di sini semalam dipercayai telah lemas
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Ming berkata suspek tersebut dipercayai telah cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.
“Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki tersebut tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai tersebut dan kita percaya lelaki tersebut telah lemas,” katanya dalam satu kenyataan medianya kepada Astro Awani.
Gerakan besar-besaran dijalankan bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap malam tadi..
“Gerakan mengesan suspek masih diteruskan oleh polis yang dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kuala Lumpur.
Dalam kejadian yang berlaku pada 9 malam hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap.
“Mayat tersebut mengalami cedera parah dibahagian belakang kepalanya akibat dihentak dan kepalanya itu turut terputus daripada badannya,”.
Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.
“Siasatan polis kemudiannya berjaya mengesan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 32 tahun dan didapati ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan di bandar raya ini,”.
Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Tingkat 4, Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.
“Dia telah meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada,”.
Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.
“Maklumat awam kemudiannya memberitahu bahawa seorang saksi ternampak seorang lelaki berkulit gelap sedang mendukung seorang kanak-kanak menyusuri Sungai Klang yang kemudiannya merebahkan kanak-kanak berkenaan sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan,”.
Lelaki itu juga dilihat sedang melakukan sesuatu di leher kanak-kanak tersebut.
“Beberapa orang awam bergegas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menyedari dirinya dikejar oleh orang ramai, suspek bertindak terjun ke Sungai Klang sebelum hilang dibawa arus,”.
Kes tersebut kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE
SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment