Show Mobile Navigation

Sunday, 9 March 2014

Maritim Malaysia Sahkan Tumpahan Minyak Di Lokasi MH370 hilang

nescafeais - 16:31


Pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui tumpahan minyak kira-kira 20 batu nautika di selatan, lokasi terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish yang menyertai operasi itu berkata, pasukannya menemui dua atau tiga tompok sepanjang 10 batu yang berwarna kekuningan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menurutnya sebuah kapal telah dihantar ke lokasi tumpahan minyak untuk mengambil sampel supaya pihak berkuasa boleh mengenal pasti sama ada minyak berkenaan dari pesawat yang hilang itu.

sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, menurut rakaman radar, ada kemungkinan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment