Show Mobile Navigation

Tuesday, 4 March 2014

AWAS !!Amaran Professor USM Mengenai Bahaya Krim Pemutih

nescafeais - 13:20


Ramai wanita menginginkan muka yang putih dan berkilat sampai kelihatan seperti pelakon opera cina. Sebelum ini pernah kecoh dengan skandal produk pemutih muka yang diharamakan kerana mengandungi merkuri yang tinggi. Nampaknya kini produk pemutih bermerkuri ini kembali semula di pasaran tempatan.

Penggunaan merkuri di dalam produk kecantikan ini bukan perkara baru. Sebenarnya merkuri sudah diharamkan penggunaannya di dalam produk kecantikan di Eropah sejak 1976 dan di Amerika sejak 1990an. Merkuri adalah produk beracun dan jika ada saudara mara anda yang muka putih melepak dan berkilat, tapi leher ngan lengan hitam, silalah tegur mereka sebelum terlambat.

Sebelum merkuri, serbuk plumbum digunakan oleh wanita sejak zaman Greek lagi untuk mendapatkan kulit muka yang putih. Kulit putih melepak dan pucat dianggap sebagai simbol status masyarakat yang tinggi kerana wanita bangsawan yang tidak bekerja mempunyai kulit yang pucat. Serbuk plumbum disapu pada muka untuk memutihkan kulit. Plumbum juga digunakan pada celak yang dibuat di timur tengah dan India. So kalau anda masih pakai celak oldskoool janganlah pakai selalu kerana ia juga mengandungi plumbum.

Ingatlah bahawa kecantikan luaran tidak bermakna jika organ dalaman anda rosak akibat keracunan.

Ini komen dari Professor Faridah Abdul Rashid. Professor of Biochemistry & Medical IT at Universiti Sains Malaysia.




SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment