Rakaman-rakaman gambar ini dikatakan tersebar luas bermula di laman sosial WhatsApp dan kini tersebar pula dikalangan pengguna siber termasuk Facebook.
Digambarkan dua orang anggota polis dari unit MPV kereta nombor pendaftaran WLQ 4697, dalam keadaan terlalu mabuk sehingga terpaksa memberhentikan kereta Peronda MPV ketepi jalan agar tidak berlakunya kemalangan jalanraya.
Dari rakaman gambar-gambar di dalam MPV polis peronda tersebut dilihat mereka sedang nyenyak tidur dan ada yang sedang memegang setin bir jenama Heineken dengan pintu kereta terbuka dan senjata api berkemungkinan jenis MP5 lengkap dengan berpeluru terletak ditapak kaki bahagian duduk belakang.
Tidak dapat dibayangkan jika senjata berkenaan terlepas ketangan penjenayah.
Mohon siasatan lengkap dan telus tanpa memberi sebarang perlindungan untuk mengesahkan apakah rakaman-rakaman ini benar lagi sahih.
Ini sudah dikira mencemar nama baik anggota polis. Sedangkan ketika bertugas pun pihak Polis mesti mengelakkan drpd merokok ditempat awam, lagikan minum beer.
Jika ini sahih maka jelas suatu perlanggaran disiplin amat tinggi grednya telah terlurai dan dilakukan oleh kedua anggota polis peronda berkenaan.
Jika tidak, pihak yang mula-mula melakukan penyebaran melalui WhatApps ini wajar diambil tindakan saman dan undang-undang yang sedia ada kerana memalukan institusi PDRM.
0 comments:
Post a Comment