Show Mobile Navigation

Saturday 7 December 2013

2 Jasa Rosmah Yang Orang Tidak Tahu - Datuk Seri Najib

nescafeais - 23:08
s



Perdana Menteri malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bukan beliau seorang menjadi perhatian ramai orang, malah tempias itu turut dirasai oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata, bukan hanya cerita baik yang didengari malah ramai juga yang mempersoalkan peranan isterinya selama ini.

Menurut Datuk Seri Najib, ramai yang tidak tahu bahawa isterinya telah membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

"Beliau telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

 "Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.

Datuk Seri Najib berkata lagi, ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

 Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya.
SILA TINGGALKAN KOMEN DISINI DAN SHARE



SILA LIKE FANPAGE KAMI DAN SHARE ARTIKEL INI






0 comments:

Post a Comment