KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan 
dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), selepas kerajaan 
memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam 
(SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan. 
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan 
pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih 
opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti 
yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
“Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas
 semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat 
kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” menurutnya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan 
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata 
jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan 
Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat 
kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. – BERNAMA
 

 
 
 
 
 
 


0 comments:
Post a Comment